Bila ada hamba Allah menegur atau memberi pandangan dalam sesuatu post yang berunsurkan hukum fiqh atau aqidah, ada segelintir hamba-hamba Allah yang lain terasa dirinya tergolong orang yang patut diberi teguran mereply dengan ayat popular, "jangan sibukkan hal orang, diri sendiri belum tentu sempurna"atau post ayat-ayat indah seperti ini setelah ditegur tujuan untuk menyindir balik...walhu'alm.
Tak perlu ilmu banyak di dada, tak perlu iman setinggi langit atau tak perlu mendapatkan sijil ustaz atau ustazah atau imam baru boleh diterima tegurannya. kita yang membaca ini mestilah mengambil iktibar... kita baca apa yang disampaikan... walaupun kata-kata nasihat atau ilmu itu keluar dari mulut seorang yang tegar melakukan kemaksiatan.
Seperti mana kata Saidina Ali Radiallahu 'Anhu, "Janganlah kamu
melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." Saidina Umar Al Khattab Radiallahu 'Anhu, seorang yang tegas, gagah dan perkasa pun juga menerima teguran.Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut.Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal.Jadi mereka bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?" jawap Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar."
Jadi masih tidak layakkah orang lain menegur kita?
Habib Ali Zainal Abidin juga pernah berkata, "Jika mahu lihat bagaimana keadaan iman seseorang, lihatlah bagaimana keadaan dia apabila menerima teguran."
p/s kadang teguran Allah di sampaikan melalui manusia...ilham untuk menegur datang dari Allah jua.
