Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW baginda bersabda:"Tujuh golongan yang akan di lindungi Allah SWT,pada hari di mana tidak ada perlindungan,mereka adalah:imam yang adil,pemuda yang rajin beribadah kepada Allah SWT,dan seorang yang hati terpaut kepada masjid,dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT,seorang lelaki yang di ajak {bermaksiat,zina}perempuan yang kaya dan cantik,kemudian lelaki itu berkata:"Sesungguhnya aku takut pada Allah SWT,dan seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya,hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang di infakkan oleh tangan kanan,dan seorang lelaki yang menyendiri berzikir pada Allah SWT,hingga airmatanya berlinangan.'{al-Bukhari}
Rasulullah SAW pernah memberi nasihat yang menyebabkan hati para sahabat bergetar dan mata mereka menangis berlinangan.Melihat 'Umar bin 'Abdul 'Aziz menangis,Fatimah ikut menangis diikuti dengan semua penghuni rumah.Tidak ada yang tahu sebabnya.Ketika sedar,Fatimah bertanya:"Mengapa engkau menangis?" 'Umar menjawap: "Aku teringat tempat kembali manusia di sisi Allah.Ada yang ke syurga dan ada yang ke neraka"Kedua-duanya menangis lagi.
Wassalam.