Pages

Monday, November 19, 2012

Untung nasib di sisi Allah



“Bagaimana mampu  bergembira seseorang yang harinya membinasakan bulannya dan bulannya membinasakan tahunnya dan tahunnya membinasakan umurnya. Bagaimana mampu  bergembira seseorang yang umurnya menggiringnya kepada ajalnya dan kehidupannya menggiringnya kepada kematiannya.”

Segala puji bagi Allah yang telah menetapkan sifat fana bagi dunia ini dan mengkhabarkan bahawa akhirat adalah negeri abadi, dengan kematian dia membinasakan usia yang panjang. Saya memuji-Nya atas segenap nikmat-Nya yang tercurah dan saya bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi selain Allah semata, zat Yang Menundukkan segala sesuatu. Dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Dia telah memperingatkan dari condong kepada negeri ini, shalawat serta salam semoga tercurah kepada beliau dan keluarganya beserta para shahabatnya yang taat dan suci sepanjang siang dan malam.

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Allah dan fikirkanlah dunia kalian dan betapa cepat dia berlalu. Bersiap-siaplah menyambut akhirat dan kengeriannya. Setiap bulan yang menghampiri seseorang semakin menyeret dia mendekati ajal dan akhiratnya.

Sebaik-baik kalian adalah yang panjang umurnya lagi baik amalannya, dan seburuk-buruk kalian adalah yang panjang  umurnya lagi buruk amalannya. Tidak ada selain apakah seseorang diberi pahala atas ketaatan dan kebaikannya atau diberi dengan dosa atas keburukan dan kemaksiatannya, kecuali apabila dikatakan fulan telah wafat.

 p/s nafsu mengakui keesaan Allah sebagai Tuhan apabila berada dalam keadaan yang lemah.
nafsu makhluk yang degil dan angkuh terutama ketika dalam keadaan yang kuat.

10 comments:

  1. Siapalah kita yg tidak ada kemampuan andai tanpa redhaNya. Sungguh Dialah yg Khaliq dan kita pasti akan mati tanpa kuasa apa-apa.

    ReplyDelete
  2. nafsu...untung nasib...semuanya di sisi Allah dan satu pon tak pernah tertinggal.In shaa Allah.ingat mengingatkan.. :)

    ReplyDelete
  3. Thank mengingati kak nor.. tersedar sekejap

    ReplyDelete
  4. insafi diri sejenak.. terlalu kecil diri ini tuk menghadapi hari esok..

    ReplyDelete
  5. semoga kita sentiasa mendapat rahmat dariNya...

    ReplyDelete
  6. salam kak nor..semoga kita semua tergolong dalam orang yg panjang umur lebih baik & banyak amalannya..amin..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...
    Tetapkanlah ketaqwaan kami....Amin.

    ReplyDelete
  8. Mayang ABDUL RAZAK -saya tak boleh nak jejak link anda..maaf ye..tq dtg ke sini..dan komen

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.