Pages

Sunday, November 18, 2012

IMAM AHMAD HANBAL RAHIMAHULLAH



Pagi tadi selepas subuh sempat saya membacakan kisah-kisah Imam yang terkenal antaranya Imam Ahmad Hanbal,Imam Shafie,dan Imam al Ghazali.saya baca depan adibah kerana hari ini paper ugama Islam,kira last minute la ni...

kalau nak di ikut adibah memang minat tentang sejarah Islam di banding sejarah Melayu,kerana katanya ia sangat berbaloi.namun kertas sejarah melayu tidak menghampakan setiap kali exam alhamdulillah A.

Riwayat hidup.
  
A) Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b.
Hanbal b. Hilal As-Syaibani.
B) Beliau berketurunan Nabi sebelah nenek yang bernama Nazar b.
Maad b. Adnan.
C) Beliau dilahirkan pada 164 hijrah bersamaan 780 masihi.
D) Seorang ahli sunnah yang terbesar, Saleh dan Zuhud dianggap
( Mujaddid ) bagi abad ke 3 hijrah.
E) Beliau meninggal dunia pada 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika
berusia 77 tahun.
D) Merupakan pengasas Mazhab Hambali.

SIFAT PERIBADI.

A) Sangat taat kepada gurunya dan tidak suka bercakap banyak.
B) Mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafal hadis
lebih banyak daripada orang lain.
C) Suka memaafkan kesalahan orang lain.
D) Telah dipenjara dan didera kerana enggan mengakui pendapat
Muktazilah bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah.
E) Beliau berjiwa besar, Zuhud dan tidak terpengaruh dengan
kemewahan hidup.

KEISTIMEWAAN BELIAU.

A) Berminat dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti hadis, fikah dan
ilmu Al-Kalam.
B) Digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih daripada 700 000
hadis.
C) Kuat beribadat dan pernah bersembahyang 300 rakaat semalaman
dan seminggu sekali khatam Al-Quran.

SUMBANGAN BELIAU.

A) Karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad.
B) Menghasilkan tafsir Al-Quran, kitab An-NasihWal Mansuh, Taatur
Rasul, Al-manasik, Al-kabir, Wal manasik Al-saghir.
C) Mazhab Imam Ahmad iaitu mazhab Hanbali berkembang di Baghdad,
Mesir dan Syria.
D) Menyebarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
E) Fatwa sahabat dianggap penting selepas Al-Quran dan As-Sunnah
selepas itu barulah Kias.

p/s semoga ada yang keluar dlm exam hari ni...

9 comments:

  1. Moga dipermudahkan sepanjang exam berjalan..

    ReplyDelete
  2. Semoga beliau berjaya menjawap exam tu ;-)

    ReplyDelete
  3. Saya doakan Adibah dpt menjawab soalan2 dgn penuh ketenangan

    Tkasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  4. bgsnya sifat pribadi beliau.. nak camtu jugak..

    ReplyDelete
  5. keyword yg bgus...kuar ke exam ni?hihi :)

    ReplyDelete
  6. ayut-Keluar Imam Bukhari smlm..alhamdulillah dia dah baca..insyaAllah boleh jwb.

    ReplyDelete
  7. moga anak akak lulus dgn cemerlang xam t..amin..:)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.