Pages

Monday, July 25, 2011

Azhan..oh.. Azhan

 Kita akan rasa terpegun takkala memandang langit biru.Tetapi pernahkah kita terfikir,kenapa langit tersebut berwarna biru.
 Pernah suatu hari ketika menghantar anak ku ke sekolah,ketika itu aku menaiki basikal,tiba-tiba anak lelaki ku Azhan bertanya,"mama kenapa langit biru?"ketika itu umurnya baru lapan tahun,
Pada aku itu adalah soalan yang sangat bijak,memandangkan umurnya  yg baru lapan tahun.
         Aku buat-buat tak dengar aje,sebab aku pun tak tahu,kenapa langit berwarna biru.
         Dan aku beri alasan,"balik nanti kita tanya ayah ye."
 Hingga sekarang kami selalu mengungkit kisah tu, kenapa langit biru?
Kenapa sekarang anak ku Azhan amat meminati mata pelajaran sains,dan suka membaca,menonton tentang bulan,bintang, dan segala macam planet..
Berbalik kenapa langit berwarna biru?mudah sahaja,warna biru pada langit terjadi apabila sebahagian cahaya matahari menembusi lapisan atmosfera melaui warna yg berfrekuensi tinggi.Warna yg berfrekuensi tinggi itu ialah warna hijau,biru atau ungu.Apabila ini berpadu di atmosfera,akan terhasilah warna biru yg menyinari langit..
 Oleh itu,kita hanya dapat melihat langit berwarna biru pada waktu siang hari sahaja.

  

4 comments:

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.