Pages

Sunday, July 24, 2011

Amanah ku..

     Hari ni aku,masih bernyawa untuk meneruskan kehidupan yg serba mencabar,melalui segala kepayahan dalam hidup,melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada empat anak,syukur segala puji bagi Allah,dengan anak-anak yg mendengar kata,bijak,dan aku selalu berdoa supaya anak-anak ku menjadi anak yg soleh dan solehah,dan jika sebaliknya,aku anggap itu adalah ujian untuk aku dan suami.
                          Dan sebaik mungkin aku inginkan yg terbaik untuk anak-anakku,memang aku  dan suami amat tegas dalam mendidik mereka,aku tak nak diorang buang masa,kerana pada masa ini pelajaran dunia dan akhirat amat penting..aku dan suami tak nak mereka leka dengan dunia yg melalaikan.
                        Memang keliling anak-anak di penuhi dengan segala macam jenis hiburan,kawan yg kita tak tahu baik atau tidak.
                      Sekali aku dan suami tidak izinkan anak-anak ku keluar berjalan sesuka hati..tanpa ada perkara yg tidak berfaedah,biarlah anak-anak menangis sekarang dripada aku menangis suatu hari nanti..selagi aku hidup ,aku dan suami akan berdoa untuk anak-anak ku,kerana ia adalah amanah..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.