Pages

Sunday, December 11, 2016

"YANG TERPUJI"


Bismillah ar Rahman ar Rahim


Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad Saw
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad Saw
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
💖💖💖💖💖

8 comments:

  1. Salam Rabu. Menyinggah bila ada kesempatan hari ini. Tq bekongsi kisah yer, byk pengajarannya..

    ReplyDelete
  2. Salam maulidur rasul. Good reminder sebagai motivasi utk jadi insan yg lebih kuat!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan knor...

    ReplyDelete
  4. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..
    Dimana letak diri atau sejauh mana kita mengamalkan sunnah baginda?

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus. banyak jasa Nadi Muhammad SAW kepada umat ini.

    ReplyDelete
  6. Terasa insaf Knor.... Tiada yg sia sia melainkan akhlaknya yang mulia dan teragong

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.