Pages

Wednesday, September 17, 2014

SAMBAL TOTOK JAWA

Bismillah

Siapa orang jawa harus mengaku..orang jawa bijak-bijak semuanya....
Ni sambal jawa paling meletop!!! Anak jawa WAJIB pandai buat sambal ni baru boleh jadi menantu..



Bahan-bahannya:

Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2 (takut meletup-letup)
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng(takut meletup2)
1 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam dan sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka

Caranya:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat  dan toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat.
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

selamat bersambal..

13 comments:

  1. wahh..memang dah lama benar tak makan sambal nih. grrr...

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap sambal jawa ni. Sebab boleh buat jadi menantu jika pandai buat ni ;-)

    ReplyDelete
  3. Mau bertambah nasi di pinggan ni knor.. sodappp ;)

    ReplyDelete
  4. Yeeee...kita mengaku kita jaws hehe...Kalau kita, kita panggil sambal Raden Knor..... Sedapnya Knor....teringin lak nak buat ...

    ReplyDelete
  5. saya darah bugis + siam, asal johor..
    pernah dengar nama sambal ni...tapi tak pernah rasa :)

    ReplyDelete
  6. dah terasa pedasnya..tapi sedap...

    ReplyDelete
  7. Suka makan sambal ni. Tapi kalau saya buat sendiri saya tak letak belacan.. maklumla bukan jawa takpe derhaka resepi, kan?

    ReplyDelete
  8. saya tak jawa, tapi nak try lah !
    macam sedap je
    ish keliurrrr

    ReplyDelete
  9. nyong uduk jowo tapi eneg jiran wong jowo
    enak banget sambel iki
    thanks sharing :)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.