Pages

Tuesday, September 17, 2013

Kita semua hamba yang lemah



Dosa kita dengan orang..
Hutang kita dengan orang..
Kejahatan kita dengan orang..
Keburukan kita dengan orang..

Bukan satu halangan untuk kita buat kebaikan.
Bukan satu halangan untuk kita berdakwah.
Bukan satu halangan untuk kita menyampaikan kebenaran.
Bukan satu halangan untuk kita memberi pesanan.

Tetapi itulah hakikat bahawa kita merupakan hamba Allah yang lemah.

Baik di sini, buruk di sana.
Buruk di sini, baik di sana.

Kita tidak sempurna. Perlu bergantung kepada Allah.

Namun dengan usaha yang berterusan, InsyaAllah kita akan dikeluarkan dari belenggu kejahatan.

Tiada siapa mahu berbuat jahat kepada orang lain melainkan mereka memang ingin menghuni neraka.

Mereka ada silap dengan kita, kita pula ada silap dengan orang lain.

Jika Allah berikan peluang kepada kita, kenapa kita tidak berikan peluang kepada orang lain?

"semalam"


Dikelilingi insan yang hebat...

12 comments:

  1. sbb tu gelaran hamba mmg sesuai utk kita

    ReplyDelete
  2. yelah kan, kita ni banyak kelemahan, hanya pada Allah kita bergantung harapan, moga diampunkan segala dosa.

    Cantik kek tu Nor..

    ReplyDelete
  3. tazkirah buat yang lupa termasuk saya... terima kasih kak.

    ReplyDelete
  4. sebenarnya kita ni terlupa bahawasanya kita ini adalah seorang hamba....

    Seronokkan dikelilingi insan yang hebat

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam kak..

    asif jiddan akak.. no hp saya rosak..tak leh nak cntact akak pula..
    ni dapat online coz ikut mama ke sekolahnya...

    Alhamdulillah..kami sihat walafiat..moga akak & family turut sama dalam keberkatan & rahmat-Nya.. :)

    ReplyDelete
  6. kerana kelemahan itu , jangan ingkari perintahnya ...

    ReplyDelete
  7. gd sharing buat kita yng terkdg alpa ni !

    ReplyDelete
  8. itu la kann
    jgn ingat kita baik sangat
    suke baca entri knor, kasik peringat sikit kat kita yang selalu merapu meraban
    :)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.