Pages

Thursday, August 22, 2013

Asam pedas daging belimbing buluh

Biasalah kalau tak tahu nak buat apa...kita di sini sibuk nak uruskan perut...orang lain penat berperang sesama sendiri..hanya doa yang mampu kita titipkan buat mereka.

-hadis riwayat al-Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Amru. Nabi SAW menyatakan bahawa hancurnya dunia lebih ringan daripada membunuh seorang lelaki muslim.

-hadis riwayat al-Tirmidzi daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah. Nabi SAW menyatakan jika penduduk langit dan bumi bekerjasama menumpahkan darah seorang mukmin maka Allah akan humban ke dalam neraka.



Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga." (HR. Muslim)
bukan saja menuntut ilmu, nak jadi doktor atau sebagainya..ilmu memasak juga harus di tuntut...
tapi saya ni pandai masak sikit-sikit aje...masak untuk family bolehlah...


cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
sedikit belacan (semua bahan kering di kisar)
belimbing buluh
daun kesum
bunga kantan
asam jawa
jus limau nipis
gula
garam
daging batang pinang anggaran setengah kilo
kacang bendi

sukatan ikut suka hati....

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak,masa menumis masukkan gula,masukkan bahan masam,masukkan air,bila hampir mendidih masukkanlah daging...daging batang pinang senang dan mudah empuk dan lembut jadi proses memasak sangatlah sekejap..akhir sekali masukkan belimbing buluh dan bendi...siap untuk di makan dengan nasi panas bersama ayam goreng berempah.



13 comments:

  1. asam pedas nie feveret jugak nie..tp jrg masak..:)

    ReplyDelete
  2. wuih sedap ni. saya suka belimbing buluh letak dalam kuah kacang. sedap

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya Kak Nor...

    sedapnya....meleleh air liur di buatnya nie....

    ReplyDelete
  4. perghhhh sedap ni, tgk pun dah terliur knor hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah knor sedapnya.tq share.in sha allah nanti nak cuba buat

    ReplyDelete
  6. nampak sedapp. :)
    tapi, kite x pernah makan lagi lauk macam ni. hihiii

    ReplyDelete
  7. Sedapnye k.nor......feveret ni asam pedas..

    ReplyDelete
  8. Salam Syawal...
    Terliur tengok asam pedas tu...

    ReplyDelete
  9. Belimbing buluh ni berguna sgt rupanya
    Ingatkan buluh aje yg banyak manfaatnnya

    Selamat hari raya ke 18 K.Nor

    ReplyDelete
  10. Ya Allah sedapnya Knor ... teringin pulak nak buat masak ni macam sedap je tu

    ReplyDelete
  11. raya hari tu opah sy letak dgn sambal kacang...liciinnnnn

    ReplyDelete
  12. sedapnya... nk kene buat nie... :)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.