Pages

Friday, May 31, 2013

Haiwan peramal cuaca yang hebat



TAHUKAH ANDA..

Selain Jabatan Meteorologi Malaysia yang bertanggungjawab dalam memberi maklumat serta laporan ramalan cuaca, haiwan juga peramal cuaca yang hebat! Di sini saya ingin kongsikan beberapa jenis haiwan dan kemampuannya dalam meramal cuaca melalui tingkah laku mereka.





1) katak - bertindak dengan mengeluarkan bunyi yang parau dan panjang serta nyaring dari kebiasaannya apabila ribut taufan dan hujan akan melanda. Peristiwa gempa bumi 7.8 skala richter di Jiangsu, China pada tahun 2008 yang telah mengorbankan banyak nyawa. 7 hari sebelum berlaku gempa bumi,kelihatan katak-katak menyeberangi Jambatan Tiazhou. Katak-katak ini menyeberangi jalan-jalan utama tanpa mengendahkan kesibukan jalan tersebut.




2) Burung dan Kelawar - Kebiasaanya mereka akan terbang tinggi pada waktu cerah dan panas kerana mereka dapat mengangkat badan untuk terbang tinggi dengan bantuan udara ringan. Sebaliknya jika cuaca hendak hujan, mereka terbang lebih rendah atau menghampiri daratan. Burung murai akan terbang berkumpulan dan mengeluarkan suara dengan kuat menandakan cuaca berangin manakala kelawar pula berbunyi dan terbang berlindung, memberitahu bahawa hujan hendak turun. Di Barat, ayam belanda bertindak enggan turun dari pokok menandakan musim salji akan tiba.

 

3) Kerbau, Lembu dan Kambing Biri-biri - cukup peka terhadap keadaan cuaca terutama banjir. Haiwan ini kelihatan gusar dan tidak duduk diam. Kambing pula akan mula berkumpul di satu kawasan (walaupun di dalam kandang) kerana dapat menjangkakan bahawa air akan naik.













 

4) Serangga, Lebah dan Rama-rama - apabila haiwan ini telah menjauhi bunga dan "makanannya", ini bermakna mereka telah bersedia untuk mencari tempat lebih selamat dan jika mereka tiada pada tempat hinggapan, bermakna amaran awal cuaca buruk telah diberi.









 


 5) Ikan/ hidupan laut - jika berlaku gelombang besar/ bencana dari laut/ tsunami, haiwan-haiwan ini akan melompat-lompat ke permukaan dan ada yang terus terdampar di pantai kerana telah merasakan gegaran dari dasar laut.










 (Kajian ini telah dibuat oleh para saintis dunia termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji tingkah laku haiwan)

sumber

9 comments:

  1. good info. thnks...dibah minat dgn haiwan dan alam ea..

    ReplyDelete
  2. PakcikLie PCL -gitulah..manusia dan tumbuhan..haiwan sgt penakut

    ReplyDelete
  3. Maha suci Allahkan Knor....

    ReplyDelete
  4. info cukup menarik ni. maaf lambat terjah. kebusyan sgt2 lately

    ReplyDelete
  5. terbukti makhluk ciptaan Allah SWT semuanya hebat-hebat belaka....

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah hebatnya ciptaan Allah...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.