Pages

Friday, February 8, 2013

Kain kafanku"



assalamualaikum.

kalau boleh hari-hari pun saya nak cerita mengenai Rasulullah.
saya harap kalian janganlah bosan..nak cerita mengenai perkara lain tak bijak mana pun.ini adalah satu lagi contoh yang patut kita ikuti...

sambil baca mari le kita tengok keindahan laut...

Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Rasulullah s.a.w keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Rasulullah s.a.w, lau berkata, “Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya,” ujarnya.

“Baiklah,” jawab Rasulullah s.a.w ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis,Rasulullah s.a.w datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. “Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasulullah s.a.w Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Rasulullah s.a.w kerana itu dipakainya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak permintaan seseorang. “Mengapa engkau masih memintanya ?” sungut para sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah s.a.w, “Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku.”

8 comments:

  1. Selawat ke atas baginda...
    terpuji ..sanggup memberikan apa sahaja, asalkan senang dhati org sekelilingnya...

    ReplyDelete
  2. mampukah kita ikuti keperibadian Rasulullah Junjungan besar kita ni

    ReplyDelete
  3. masa tazkirah sebelum khutbah jumaat hari tu pun ada cerita tentang kain dari Rasulullah...
    kain yang tidak terbakar..

    ReplyDelete
  4. begitu tinggi akhlaq Rasulullah, sampai sampai Beliau memberikan barang yang disukainya kepada sahabat yang memintanya,...

    ReplyDelete
  5. moga kita dapat mencontohi keperibadian banginda S.A.W.

    ReplyDelete
  6. harap kite dapat contoh sifat rasulullah yg terpuji ni. :)

    ReplyDelete
  7. kalau kita manusia biasa ni mesti susah nak bagi barang yang kita sayang bila orang minta kan.... itu lah sifat rasulullah yg terpuji

    ReplyDelete
  8. Yg meminta punya sebab dan Rasulullah memberi pun ada sebab dan alasannya..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.