Pages

Sunday, February 3, 2013

Hadiah atau Rasuah




Pada zaman Umar Ibnu Abdul aziz, ada orang ingin memberinya hadiah tetapi pemerintah Islam itu menolaknya. Mengapa?
Malah mereka yang memberikan hadiah itu berkata: ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun menerima hadiah.”

Lalu Umar Ibnu Abdul Aziz menjawab: “Hadiah pada zaman Rasulullah s.a.w adalah sebenar-benarnya hadiah, tetapi pada zaman ini hadiah sudah menjadi rasuah.”

Dalam satu lagi kisah lain, seorang amil bernama Ibnu al-Lutbiyyah dimarahi oleh Rasulullah s.a.w kerana sebaik pulang dari tugasnya mengutip zakat, dia membawa harta dan berkata: ” Ini untuk kamu, dan ini mereka hadiahkan kepadaku.”

Mendengar kata-kata Ibnu al-Lutbiyyah itu, Nabi s.a.w marah lantas bersabda: “Cuba kamu duduk di rumah ibu bapa kamu sambil menunggu, adakah kamu akan diberi hadiah atau tidak?”
Yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah Ibnu al-Lutbiyyah tidak akan menerima hadiah tersebut kerana keperibadiannya, keakraban atau pertalian darah dengan orang yang akan memberikannya hadiah itu. Sebaliknya  dia mendapat hadiah itu kerana tugas dia sebagai amil dan Ibnu al-Lutbiyyah tidak berhak menerimanya.

berhati-hati apabila diberikan hadiah. Tanyalah kepada diri berasaskan iman "layak ke aku ambil hadiah ini?" mungkin ia dilarang syarak??


11 comments:

  1. berfikir sejenak... ada benarnya...

    ReplyDelete
  2. Kerja macam kakak lagilah Nor buat kakak selalu fikir beribu kali. Takut dikatakan hadiah tapi sebenarnya rasuah sebab mahukan business dia berterusan dgn sykt kita. Takut kan...

    ReplyDelete
  3. banyak yg mengaburkan rasuah dgn hadiah..

    ReplyDelete
  4. perlu lebih berhati-hati lepas nih...

    ReplyDelete
  5. baru saya faham kak, betol juga tu, kalo dia tak ikut mesti tak dapat hadiah kan..apa yg kita nampak sekarang ni banyaknya rasuah dah..

    ReplyDelete
  6. bagi diri ini yang deal ngan supplier, memang banyak benda diorang bagi tapi xtau la nak cakap camne. memang budaya kat malaysia camni rasanya. hmmm

    ReplyDelete
  7. terpikir2 lepas baca n3 ni

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.