Pages

Wednesday, April 25, 2012

Ikhlaskan hati,jangan takut riya


Assalamualaikum.



Orang Yang Takut Beramal Kerana Takut Riya Adalah Orang Yang Ditipu Oleh Iblis.

Iblis menggodanya kerana tidak mahu Umat Islam beramal soleh.

Mereka membisikkan agar umat Islam jangan ke masjid, jangan menderma dan jangan membuat kebajikan, nanti kamu merasa riya, maka kamu akan berdosa.

TAKUT RIYA BUKANLAH RIYA


Sebenarnya siapa takut berasa riya bukanlah riya. Siapa takut berasa riya adalah perasaan normal pada setiap mukmin.

Orang mukmin kena tahu mana bisikan Syaitan dan mana bisikan Malaikat.

Kata Imam Ghazali mengenali bisikan Syaitan dan Malaikat ini adalah fardhu ain.
Oleh itu jika ada bisikan Syaitan agar jangan Solat berjemaah ke masjid kerana takut riya dan sebagainya, maka lawanlah bisikan itu dengan merasakan pahala sendiri belum cukup untuk membayar hutang jasa kepada Allah swt.

Lawanlah bisikan itu dengan merasakan bahawa pahala kita belum cukup untuk membawa ke syurga.

Lawanlah bisikan itu dengan mengingatkan bahawa mungkin ini adalah hari terakhir. Mungkin esok tidak boleh solat lagi ke masjid dan sebagainya.

Lawanlah bisikan itu dengan memikirkan bahawa solat ke masjid amat besar pahalanya. Pahala solat kemasjid adalah umpama gaji seorang pegawai tinggi. iaitu 27 x 5 x 30 = iaitu 4050 sebulan.

Manakala pahala atau ganjaran solat dirumah hanya sebanyak 150 sebulan.

Manakala dalam hadis dari Kitab Sunan Abi Daud pula,

Solat berjemaah di masjid yang sempurna wudhu dari rumah adalah umpama pahala haji.

Jadi sebulan ada 150 kali haji.

Pahala Haji mengikut hadis pula adalah umpama pahala jihad.

Di dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa pahala jihad itu ganjarannya ialah setiap saat seperti beribadat 60 tahun.

Oleh itu ganjaran mana yang mahu kita pilih?.

Adakah selepas ini kita akan masih tertipu lagi oleh Syaitan atau tidak?


Takut Beramal Kerana Takut Dikata Riya

Jangan pula takut beramal kerana takut dikata Riya.

Bukankah Takut Riya dan Takut Dikata Riya adalah dua perkara yang berlainan?

Takut dikata riya sebenarnya adalah orang yang riya. Kerana ia hanya beramal kerana pujian orang lain.


Nota:Jangan takut solat dhuha di tempat kerja,hanya takut di kata riya.Jangan takut menulis di blog mengenai ugama,hanya takut di kata riya.
Buatlah sesuatu jika ianya mendapat redha Allah.Hanya redha Allah.

Wassalam.

11 comments:

  1. kisah bible akan sy publishkan esok :)

    ReplyDelete
  2. yang penting niat kita ikhlas..

    ReplyDelete
  3. mudahan ilmu dapat dikongsi bersama....

    ReplyDelete
  4. TErima kasih atas ingatan =)

    ReplyDelete
  5. yg penting hati kena bersih kan....

    ReplyDelete
  6. moga menjadi peringatan bersama..thanks akak..

    ReplyDelete
  7. niat kita yang penting...terima kasih di atas peringatan ini

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  9. thanks atas peringatan..kadang2 tu memang selalu terfikir mcm tu..aishhh x elok sungguh

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.