Pages

Wednesday, January 4, 2012

Jom baca kisah ini..........

Assalamualaikum.

Jom kita baca kisah Nabi kita,bolehlah mengambil iktibar,asyik di sogokkan dengan cerita yang entah betul ke tidak,malah tak bermanfaat langsung pun.

Hidup Rasulullah SAW dan para sahabatnya adalah cerminan hidup yang menggambarkan kezuhudan.Mereka meninggalkan kemegahan dunia,hidup secara sederhana dan tidak tamak.Ini adalah kerana bagi mereka,dalam hidup ini,takwa dan amal soleh lebih bermakna daripada harta dan kenikmatan.

Rasulullah SAW tidur di atas tikar.Jika bangun,tikar tersebut membekas di belakang  baginda.Para sahabat pernah menawarkan,"Wahai Rasulullah, mahukah jika kami buatkan alas untukmu?" Baginda menjawab, "Apa urusannya dengan dunia? Di dunia ini,aku seperti pengembara yang berteduh di bawah pohon.Lalu, istirehat sebentar dan meninggalkannya."

Perabot dan pekakas rumah baginda amat sedikit.Kadangkala,baginda tidur di atas tikar atau pun kulit.Baginda memiliki sebuah bejana kulit untuk berwuduk,dan satu ataupun dua helai pakaian dan selendang.Yang satu untuk di pakai sehari-hari,sementara yang satu lagi untuk menemui tetamu dan utusan.Nabi menjauhi dunia,walau ada yang memberikan jubah ataupun baju kepadanya.Di rumahnya,baginda jarang membakar daging atau memasak.Dari situlah para sahabat belajar.Nabi dan para sahabatnya adalah teladan yang baik.

 Kita...???

Zuhud dan sikap tidak mendewakan dunia adalah cara hidup yang paling baik.Ini adalah kerana Allah meredhainya.Kata 'Umar bin al-Khattab,Rasulullah SAW pernah menahan lapar seharian kerana tidak ada sebutir kurma pun untuk di makan,buat mengisi perut baginda.Bahkan menurut 'Aisyah,hingga Rasulullah SAW meninggal dunia,kelurganya tidak pernah kenyang selama dua hari berturut-turut.Rasulullah sendiri tidak pernah kenyang ketika makan roti gandum.

Bahkan pernah selama dua bulan dapur Rasulullah SAW tidak mengeluarkan asap,hinggakan para sahabat bertanya, "Bagaimana kamu hidup?"Dia menjawab, "Cuma dengan dua benda hitam:kurma dan air.Dalam pada itu,Rasulullah SAW tinggal dekat dengan jiran Ansar yang mempunyai sejumlah kambing.Mereka sering menghantar susu kambing kepada Rasulullah SAW dan baginda memberikannya kepada kami".Anas bin Malik pula mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah makan di atas meja.Baginda juga tidak pernah makan roti lembut.....................

Bersambung...


4 comments:

  1. patut la baginda dipilih sbg rasul..

    ReplyDelete
  2. kita tgk org berlebih2.. kita lg nak lebih dari org...

    ReplyDelete
  3. yela kan, kdg2 kita terlalu mendewa2kan keduniaan....
    moga ianya menjdi renungan

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.