Pages

Monday, October 24, 2011

Suami...Ayah..

Assalamualaikum.

Segala puji dan syukur hanya milik Allah Swt,Tuhan semesta alam, kedamaian semoga sentiasa di limpahkan kepada Nabi Muhammad Saw.dan seluruh keluarganya.

Kepada rakan-rakan yang saya hormati,sudilah kiranya membaca entry saya yang tak seberapa ini..hanya untuk di kongsi,tidak ada timbul riak atau menunjuk-nunjuk.

Tuhan menjadikan semua mahkluk lain untuk manusia dan tuhan menjadikan manusia bagi mentaati Allah.
Kebiasaan seminggu dua kali,saya dan keluarga,selepas maghrib berkumpul untuk mendengar tazkirah dari suami..membaca al-Quran,hadis dan makna sekali..dengan cara itulah anak-anak akan bertanya itu dan ini.Dan ini akan timbul rasa takut dalam diri anak-anak.Suami saya bukanlah ustaz,atau pun pelajar dari Mesir,hanya orang biasa.Inilah tanggungjawab suami saya kepada anak-anaknya.Dan saya sebagai isteri sangat bersyukur.Hampir setiap masa saya dengan suami,hal agamalah yang kami bualkan,terutama sekali kisah-kisah Rasulullah Saw ,bila bercakap dengan anak-anak pun kami akan selitkan dan akan bacakan hadis.Anak-anak akan terdiam dan angguk faham..

Dengan dunia yang serba serbi mudah inilah yang melekakan anak-anak.Saya mempunyai empat orang anak yang semakin membesar,dan kehidupan pada masa depan  masih samar.

"Sesungguhnya setiap amalan itu di sertai dengan niat.Dan sesungguhnya setiap orang di nilai dari apa yang di niatkan.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu adalah di nilai kerana Allah dan Rasul-Nya.Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang di idamkan atau perempuan yang ingin di kahwininya,maka hijrahnya di nilai kerana itulah."{Bukhari}

Wassalam.

11 comments:

  1. betul tu segala apa yg kita lakukan adalah disertai oleh niat.. kalo niatnya baik.. maka kebaikanlah yg akan kita terima.. jika sebaliknya maka sebaliknya juga yg akan kita perolehi.

    ReplyDelete
  2. memang keluarga yg sakinah...bestnya!!

    ReplyDelete
  3. keluarga yang contoh...alhamdulillah dapat suami yang baik

    ReplyDelete
  4. suami dan ayah contoh

    ReplyDelete
  5. dear.. sy tagg awk : http://storycikhoneybee.blogspot.com/2011/10/contest-blogku-menawan-kalbu-by-askar.html

    sy takthu nk leave msg kt mne cuz tk jmpe cbox awk :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. bertuah dapat suami yang mcm ni :D

    ReplyDelete
  7. wah..nak jadi camtu gak. nak cuba jadi suami macam tu nanti.

    ReplyDelete
  8. QueeN TerataI-Betul tu ,niatkan dalam hati..nak buat yg terbaik..

    Santri T.P.I.N.I-hehe..nak susun strategi lagi..

    Kancil 8349 -Kancil pun boleh,semua orang pun boleh..utk mencari keredhaanNya.

    Tiramisu Fatiema-banyak lagi nak kena belajar mencari ilmu..

    CikHoneyBee-terima kasih kerana megetag nama saya..dah join pun,lebih kpd nak menjalinkan persahabatan..

    Aiisyah Gazali-Alhamdulillah..suami saya biasa-biasa saje..

    NasZ-inilah tujuannya supaya perkara yg baik boleh jadi ikutan..ikut perkara baik2 je ye..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    Seorang bapa Mithali
    Patut dicontohi oleh bapa-bapa yang lain

    ReplyDelete
  10. Beruntungnya dpt suami macam tu... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  11. MAT SOM-Aminnn..

    msredcheesecake-Aminnnnnnnn..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.