Pages

Thursday, October 20, 2011

Lelaki...

Assalamualaikum.
Dah tengah hari pun..baru ada kesempatan nak buat entry baru,selepas selesainya urusan rumah tangga.Suami dan anak lelaki baru saja keluar untuk solat jumaat,dan selepas itu terus suami menghantar anak ke sekolah,begitulah setiap hari jumaat,suami mesti balik ke rumah untuk menjemput anak lelaki sama-sama melaksanakan solat jumaat.
Maklum lah anak sudah meningkat remaja,kalau tidak kita,siapa lagi kan...
Memandangkankan hari ini anak masuk pukul dua,giliran saya pula nak menghantar anak perempuan,dalam perjalanan  saya terpandanglah para-para lelaki yg senang-senang melepak makan minum,tengah berurusan dengan hal-hal dunia dan macam-macam lagi lah..bukan ke masa ni para-para lelaki di rumah Allah..atau adakah saya yang tersilap..?pertanyaan mula timbul,kenapa tak pergi solat jumaat,tak takut ke diorang ni?Bukan sekali ni saja saya nampak,dah banyak kali,bukan orang yang sama atau bukan orang yg tak sama..tetapi manusia yang bergelar "lelaki"....
Tolong lah jangan kait kan saya dengan isu menunjuk-nunjuk atau jauh sekali nak riak.
Saya hanya nak menyampaikan apa yang di depan mata saya..dan inilah yang berlaku pada masa sekarang..
Ya Allah ampunkan aku dan keluarga ku dan saudara sesama Islamku...

Wassalam.

1 comment:

  1. biasa lah manusia.. kita saling mengingati tp dia pk kita menunjuk.. tp lelaki mcm ni mmg xtau malu.. dah x segan pun kalo x g solat jumaat tp duk merayau2 kat shopping complex..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.