Pages

Thursday, September 22, 2011

Penghulu hari..

Assalamualikum pembuka bicara,

Hari ini adalah hari jumaat penghulu segala hari, yang sepatutnya hari bercuti untuk kita,untuk memudahkan kita melakukan ibadah tanpa ada halangan-halangan yang lain,seperti di setengah negeri,yang bukan nya pada hari Ahad.Hari Ahad untuk orang kristian yang bercuti untuk mereka bebas ke gereja,Holiday itu sendiri yang bermaksud" hari suci" bagi orang-orang kristian,pada hari Ahad kebanyakan urusan tutup pada hari tersebut,siapalah kita untuk bercakap hal ini,sekadar meluahkan apa yang tersirat.

Hari kiamat,atau lebih tegasnya tiupan sangkakala untuk membangkitkan jasad-jasad yang telah terkubur,terjadi pada hari jumaat.Dalam hal ini banyak hadith-hadith yang diriwayatkan,antara lain ialah:
 Imam Malik bin Anas meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w.bersabda:
    Allah s.w.t berfirman:
 Ertinya:
 "Sebaik-baik hari yang di sinari matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu Adam diciptakan,pada hari itu dia di turunkan,pada hari itu dia di terima taubatnya,pada hari itu dia meninggal dan pada hari itu pula terjadinya Kiamat.Dan tidak seekor pun binatang melata di bumi melainkan terlelap pada hari Jumaat,sejak mulanya waktu Subuh sehingga terbit matahari,kerana takut kepada hari Kiamat,selain manusia dan jin.Dan pada hari Jumaat itu ada suatu saat, di mana tidak seorang pun hamba Allah s.w.t. yang muslim,yang kebetulan melakukan solat dan meminta sesuatu kepada Allah s.w.t. saat itu,melainkan Allah s.w.t. pasti memberinya."

4 comments:

  1. byk informasi kat sini.. Queen suka.. salam kenal...

    ReplyDelete
  2. itulah yg membezakan antara islam dgn agama lain, yg menghargai hari2 dlm kehidupan manusia

    ReplyDelete
  3. KhaiRin-Semoga kita jgn jemu saling mengingati..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.