Pages

Wednesday, August 3, 2011

Buku panduan Allah.

 Assalamualikum,rakan-rakan pernah membeli benda baru,contohnya kereta atau motorsikal,atau barangan elektronik,sekurang-kurangnya saudara atau saudari tentu di beri petunjuk dan peraturan mengenai cara pemakaian atau pengunaannya.Orang yg membeli motosikal baru misalnya,biasanya di beri tiga buku panduan.Pertama,buku panduan tentang petunjuk cara pemakaian dan penjagaan motosikal.Kedua,buku servis dan jaminan yg menceritakan cara-cara mengunakan pelbagai servis.Ketiga,buku pertunjuk perkara penting yg perlu diketahui oleh si pemakai motosikal.Jadi,bagaimana dgn manusia?
Oleh kerana Allah menciptakan manusia,maka dia yg paling mengetahui mengenai manusia.Berkenaan buku panduan,Allah memberikan dua panduan kpd manusia yg menjamin keselamatan di dunia dan akhirat iaitu al-Quran dan sunnah.Sesiapa sahaja berpegang kpd ke duanya pasti selamat dan tidak sesat.Allah lebih mengetahui perkara yg bermanfaat bg kita manusia dan perkara yg mengandungi keburukan.Kedua-duanya sudah tertulis dlm ajaran Allah.Setiap perintah agama mempunyai kebaikan,setiap larangan pasti mengandungi keburukan.
Solat contohnya,tidak mungkin Allah mengajarkan perkara yg mendatangkan ke burukan kpd hambanya.Sebaliknya memberi kebaikan drp segi jasmani mahupun rohani.Allah berfirman:
                              " Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui yg kamu zahirkan atau rahsiakan',dan dia maha halus lagi maha mengetahui?"{Surah al-Mulk,ayat14}

2 comments:

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.