Pages

Friday, June 24, 2011

Ehhh..mana kasut lg sebelah ni..

     Manusia memang pelupa,selalu terlupa kat mana letak barang,terlupa ada temu janji,terlupa pasal  isi-isi penting pelajaran sampai tak mampu nak jawap dgn tepat dlm exam dan sebab itulah manusia perlukan organizer dan reminder.
      Tak apa,manusia memang sering lupa itu dan ini.Dah manusia di namakan manusia kerana sifatnya yg pelupa.Tapi jangan sesekali kita terlupa bahawa kita pernah beraku janji dengan pemilik timur dan barat serta pencipta langit dan bumi.Kita pernah "menandatangani" satu kontrak dgn pencipta kita.Itulah kesaksian tauhid.
      Jika kita selalu ingat"aku janji dan kontrak yang pernah ditandatangani dulu,hendaklah perjalanan kita mencari redha Allah pasti tidak akan tersasar walau iman ada naik turunnya.
       Kekallah fokus demi memenuhi aku janji yg pernah dimeterai dulu dengan sentiasa mengikut majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang ada,bergaul dengan orang soleh dan selalu muhasabah.
      Allah berfirman yang bermaksud;'Dan(ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman);'Bukankah Aku ini Tuhanmu?'
    
      "Mereka menjawab;Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi'.(Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan; "Sesungguhnya kami (bani Adam) ialah orang yang lengah terhadap ini(keesaan Tuhan)".{Surah al-'Araf 7:172}

4 comments:

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.