Pages

Monday, March 31, 2014

Makan tanggung dan makan setalam


Macan nilah keadaan aku sejak anak-anak tinggal di asrama...asyik makan tanggung aje..
tak payah susah-susah nak basuh pinggan banyak-banyak jimat masa dan tenaga...yang tinggal hanya iman dan muhammad sekolah pagi dan petang..suami jarang-jarang sangat makan...kalau makan pun cuma makan lauk...ambil sedikit sedikit...asal teh dan biskut ada sudah cukup...
ambil kesempatan untuk masak sesimple boleh...mood masak ke laut selalu.. makan sambil menghadap tv memang hobi...makruh makan bersandar kata  anakanda muhammad..."oppp sorry'..


 mudah  untuk aku berkarya diatas pinggan

bangga dengan anak-anak remaja kini, rajin berpuasa sunat isnin dan khamis...gambar watsapp yang di hantar anakanda adibah...hampir 300 atau lebih pelajar yang berpuasa sunat baik lelaki mahu pun perempuan...Islam semakin berkembang ilmu di mana-mana..sering hadir penceramah-penceramah hebat...Hidupkanlah bumi yang kalian pijak sebagai bumi tarbiyah..
ahli gerakan dakwah perlu membumikan dakwah dan menginklusifkan dakwah.. jangan dakwah itu hanya berlegar dikalangan ustaz dan ustazh..Dakwah dan tarbiyah itu nombor satu.
Tapi pelajaran dan kerjaya bukan nombor dua....


tunggu masa nak berbuka....ukhuwah..

p/s di sebabkan terbiasa makan mengunakan talam..adibah pesan suruh aku beli sebiji dua talam..in shaa Allah nak..

Sunday, March 30, 2014

Rasa musibah itu


Terasa lesu sangat hari ni...pada yang berpuasa sunat atau ganti alhamdulillah...ramadhan pun tak lama lagi kalau tak silap kiraan berbaki 89 hari..

perjalanan semalam sangat panjang dan memenatkan...apa taknya berulang alik  dari gombak ke seremban,seremban ke gombak..gara-gara baju sekolah azhan tertinggal...
sebelum bertolak semua kelengkapan siap tersusun..lepas solat zhohor suami balik dari kelas bahasa arab,kebetulan masa tu aku baru selesai solat zohor termasuk anak-anak..dalam kepala memang ingat baju sekolah az yang siap di sterika ku gantung di dalam almari..dalam hati juga berkata kalau tak keluarkan alamat tertinggallah jawabnya...dalam pada sibuk tunggu suami mandi aku leka dengan gajet di tangan...rasanya aku berwatsapp dengan adibah..


kami pun berangkat,azhan siap cakap "mama jubah adik dah bawa ke?"..'dah' kataku ringkas ..dalam perjalanan hampir sampai,aku terlihat sebuah kereta yang baju sekolah bergantung,mungkin sama nak balik asrama..masa tulah aku ingat tentang baju sek az...adussss..
memang aku mengaku kesalahan sebab lupa..encik suami ada marah sikit le..sikit sangat marahnya pun...dia nak marah pun tak apa,sebab memang salah, sebab aku yang lupa....di sebabkan berulang kali mengaku salah,kami jadi tenang pulak terus redha..ketenangan tu aku dapat rasa semalam..sebab mungkin terus sebut ini ujian Allah dan ucap "Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."

kami bercadang berpatah balik,tapi harus hantar azhan dulu..sebelum pukul 6...
hujan lebat ketika memunggah barang azhan...masa tulah kelam kelibut bilamana tangan iman pula tersepit tak kala aku menutup boot kereta ...bayangkan hujan lebat,muhammad menjerit dari dalam kereta,memang kami di luar tak dengar langsung..alhamdulillah ada hero muhammad,dia buka sikit pintu kereta,dan terus jerit..mama tangan iman terkepit..'hah'sambil aku lihat iman menangis,manakala tangannya  masih tersepit ..aku beritahu pada suami..alamak suami pulak tak faham dan tak dengar..kalau tunggu suami dengar dan faham alamat parahlah tangan iman..aku bertindak sendiri...

tiba-tiba je aku basah kuyup sedangkan aku berpayung...punya nak selamatkan iman..aku tutup payung dan buka boot kereta...masa tu baru suami sedar...pada hal dekat je..sekali lagi aku tenang dan dalam hati kata ini ujian Allah...betul aku tak marah dengan semua musibah..alhamdulillah aku dapat rasa keseronokkan dalam musibah itu...

sampai rumah dalam pukul 12 tengah malam...setelah berulang alik..dengan menempuh kesesakan jalan raya..sampai di rumah aku pening,muntah dan cirit beret...berulang alik ke tandaslah pulak...aku bersyukur sekali lagi,bayangkan jika aku sakit perut ketika jalan sesak...

sepertiga malam aku bersujud...ampukan aku Ya Allah.

p/s jauh sekali nak beriak-riak...


Thursday, March 27, 2014

lubang hidung




Hadis dari Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda:

"Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur."

(Riwayat Muslim)


Wednesday, March 26, 2014

Dunia di hujung jari,aku berkarya di atas pinggan

Aku abaikan sekejap kisah-kisah duka..nun jauh di sudut hati aku pasrah dengan setiap segala kejadian...aku berserah bulat-bulat ke pada Sang Pencipta..mulut tak henti beristigfar....airmata, aku akui banyak sudah tumpah....mudah sungguh airmata mengalir..


Dah aku suri sepenuh masa,dunia di hujung jari,jika aku leka,alamat anak-anak kelaparan .. maka aku berkarya di atas pinggan..

bila perut juga di jajah..

kentang lenyek yang di campur bayam..lada hitam,lada sulah sedikit garam dan sedikit butter.
chic chop versi knor..asparagus bakar dan keledek goreng...

untuk sos:
susu cair
sos black papper
gula
sos cili
ayam di perap dengan lada hitam...

kek coklat lembab di sirami dengan strawberi segar yang di masak dengan sedikit gula...


Monday, March 24, 2014

Qada dan qadar

bismillah ar-Rahman ar-Rahim


"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."


Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

hasbunallahi wani'mal wakil.. kemenangan berganda. dunia kebenaran semakin mengecil kala fitnah berleluasa....
Death sentences to 529 in mesir!...

Allahuakbar

Sunday, March 23, 2014

Non muslim


Manusia dilahirkan dalam keadaan aib yakni tanpa seurat benang tetapi 'dipulangkan' kembali dalam keadaan terhormat yakni bertutup dengan kain putih penuh kesucian, tiada langsung aurat yang terlihat. kain kafan, walaupun harganya murah, tetapi berjasa dalam menutupi aurat si mati...
 

sahabat anak dara non muslim yang suka berjubah ada antaranya di atas......semoga di beri hidayah.....rajin bertanya tentang Islam...dan dia selalu confuse dengan orang Islam sendiri...jom kita buka mata dan minda

kata seorang mualaf "Maha Suci Allah yang telah mengenalkan aku dengan ISLAM sebelum aku mengenal Muslim ,
jika aku mengenal Muslim sebelum ISLAM , nescaya aku tidak akan memeluk islam"
kerana apa? kerana begitu teruk perangai,akhlak, sahsiah ,adab seorang Muslim sehingga terfitnah agama Islam.
Ya Allah jangan sampai diri ini menjadi fitnah buat agama MU

Saturday, March 22, 2014

"Lonely Ocean"

Fakta yang aku ketahui sejak dua menjak ni....khabarnya di lautan Hindi ada gunung ganang dan banjaran...Maha Hebat ciptaan Allah.sungguh aku terkesima, subhanallah.

 google

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut...

google

Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah SWT.
Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan juga Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulama-ulama.

 #prayforMH370.

Thursday, March 20, 2014

Yang benar...



 tau ke binatang apa ni...?

 demi sesuap nasi...

 tiada alasan meninggalkan solat

Tahniah ...kepada sekolah-sekolah di atas....

22. No calamity befalls on the earth or in yourselves but is inscribed in the Book of Decrees (Al-Lauh Al-Mahfooz), before We bring it into existence. Verily, that is easy for Allah.
23. In order that you may not grieve at the things that you fail to get, nor rejoice over that which has been given to you. And Allah likes not prideful boasters.
– Quran [Surah Al-Hadid, Verses 22, 23]

YANG PENTING BUKAN SEKOLAHNYA TAPI ORANGNYA...TAPI SEKOLAHNYA MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING UNTUK ORANGNYA....

p/s komen secara pukal.....heheeh


Wednesday, March 19, 2014

Salah faham


Assalamualaikum... Khamis penuh Barakah buat semua.. dalam kesedihan jangan lupa berdoa.. moga ada doa-doa antara kita yang dimakbulkan.. doakan juga ahli keluarga yg menunggu.. moga Allah berikan ketenangan jiwa buat mereka...

"mama tingkatan 4 tak boleh honeymoon tu apa..? tiba-tiba aje suara muhammad bertanya.
bla..bla..'faham muhammad"..
muhammad: "faham ma"

Ada tak anak,adik,anak buah,sepupu,anak jiran yang ambil result SPM hari ni?dup dap dup dap je kannn...tenang.

"mama esok adibah nak menjalani pembedahan...

kebetulan suami yang baca msg adibah...terjerit suami memanggil aku..panik-panik ni bagi kat suamilah,aku selalunya bertenang aje..
suami terus call adibah,masa tu dalam pukul 8 adibah dah ada dalam kelas,...hp tak berjawab..
"tak payahlah call,dia tengah belajar tu...mesti ada kat lab...

aku msg adibah saja buat pertanyaan ni.."sakit apa? hospital mana? ayah baca msg akak,ayah nak pengsan...

jawaban adibah:"la...ye ke? mama sorrylah akak bedah tikus ajelah hari ni..sorry..sorry..akak saja nak mainkan mama je,tak sangka pulak ayah yang baca..."

jawaban aku:"akak taulah ayahkan,lain kali hantar msg tu biar terang...ayah tak pengsan pun..hahaha..(gelak saja bagi dia tak risaukan ayahnya)..

"nanti akak watsapp gambar tikus tu...
p/s tangan mengigil katanya,bukan sebab takut...tapi ..geli..

kepada anak-anak yang mengambil keputusan SPM hari ni
tahniah diucapkan kepada yang berjaya dengan cemerlang
yang kurang berjaya jangan putus asa
perjuangan anda semua tidak berhenti di sini
teruskan berusaha..

Tuesday, March 18, 2014

Bila perut mula berbicara


Assalamualaikum ... jom lah kita teruskan hidup.. jangan lupa berdoa untuk mereka. Mereka ada di luar sana..#prayforMH370.




Monday, March 17, 2014

Hijab stailista


"Perempuan yang cantik,tapi kerana dia ada agama,kau akan nampak dia sebagai manis.Perempuan yang tak kaya,tapi kerana dia ada agama,kau akan nampak dia sebagai seorang yang redha.Perempuan yang keturunan tak berdarjat,tapi kerana dia ada agama,kau akan nampak dia seorang yang rendah diri.Perempuan yang tak pandai,tapi kerana ada agama,kau akan nampak dia sebagai seorang ibu mithali".

Sunday, March 16, 2014

Islamisasi di usia muda


Alhamdulillah ... Bumi menangis manja pagi ini... Dalam redup waktu dhuha serba indah..
Sambil melayan Muhammad bersarapan aku buka cerita ini....sebab mulut dia tak henti-henti bertanya...

Terjerit-jerit kat kedai buku semalam yang dia nak buku ni....

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.
Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan. “Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya. “Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu. Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali. “Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan. “Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk. “Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut. “Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan. “Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali. “Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut. “Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu. Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya. “Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…” “Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya. “Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)

Friday, March 14, 2014

Dihempas gelombang dilemparkan angin

sebuah lagu dari opick & melly...menyanyi sambil menangis..sesekali...

Takdir

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi




Thursday, March 13, 2014

Pray for MH370 (kita dari Allah dan kepadaNya pula kita kembali)

Tergesa-gesa lepas solat isya semalam melakar lukisan MH370.....anak-anak juga faham situasi sekarang..

 lakaran Iman soffea dari lubuk yang paling dalam.....

lakaran dari hati suci Muhammad...

Ya Allah.semoga kiranya aku dapat menyiapkan diri dalam menghadapi segala kengerian dengan LAA ILLAAHA ILLAL LAAH (tiada Tuhan hanya Allah) dan setiap kesedihan dan kedukaan MAASYAA ALLAH (sesuatu yang sudah dikehendaki Tuhan.) Setiap nikmat ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah) Setiap kelapangan dan cubaan ASY SYUKUR LILLAH ( syukur kepada Allah)
Setiap yang mengherankan SUBHAA NALLAAH (Maha suci Allah). Setiap dosa ASTAGFIRULLAAH (saya meminta ampun kepada Allah) Setiap musibah INNAA LILLAAHI WA INNAA ILLAIHI RAA JI"UUN (kita dari Allah dan kepadaNya pula kita kembali).Setiap kesempatan HASBIYAL LAAH (cukup Allah tempatku berpegang) Setiap qada dan qadar TAWAKKALTU' ALALLAAH (saya berpegang kepada Allah). Dan setiap dapat berbuat taat dan musibah LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL'ALIYYIL'AZHIIM.

Doa dari anak-anak yang bersih,suci dari segala dosa....untuk MH370

Wednesday, March 12, 2014

Tuesday, March 11, 2014

Laporan karguzari dari Indonesia


laporan dakwah dari Indonesia..

Kepesatan penduduk di bandar raya Indonesia memaksa rumah-rumah dibina menjadi amat rapat. Ada seorang makcik, melihat kedatangan Jemaah Jalan Kaki ke Masjid yang bersebelahan dengan rumahnya. Jadi kebetulan di TV makcik dirumahnya, ada acara live rancangan sesi soal jawab agama bersama Ustaz Kiyai Dai Kondang, seorang selebriti dakwah paling terkenal masa kini. Seumpama Ust. Don atau UAI kita disini. Lalu makcik ni pun call rancangan tersebut dan dengan kuasa Allah, dalam jutaan rakyat Indonesia yang sedang cuba call, Allah izinkan panggilan dibuat makcik itu untuk bercakap secara LIVE bersama Ustaz Kiyai Dai Kondang. Lantas terus si makcik itu bertanya..." Ya Ustodtz, bagaimana ini masjid di sebelah rumah saya ini di masuki satu jemaah dakwah laki-laki yang bajunya kotor dan kusut masai... Malah berani mereka masak-masak di masjid itu... Apa perlu saya buat? Laporkan kepada penguasa atau Ustodzt tolong ambil tindakan segera!"

Mendengar sahaja akan Ustaz Kiyai Dai Kondang..." Wahai Ibu yang amat ku sanjung lagi ku hormati...."air mata beliau jelas nampak gugur dan diseka beliau..." Jika Ibu lihat baju mereka kotor, ambillah dan basuhkan untuk mereka... Jika Ibu lihat baju mereka kusut ambillah dan seterikakanlah... Jika Ibu lihat mereka memasak, Ibu ambil masakan terpaling istimewa dari rumah Ibu dan hidangkan kepada mereka..."" Sesungguhnya wahai Ibu ku sayang, Pekerjaan yang sedang mereka lakukan itu adalah Terlebih Mulia dari pekerjaan saya ini bahkan mereka itu sahaja jauh amat tinggi dari saya..."
Dan ini disaksikan oleh Allah secara live utk tontonan jutaan penduduk Indonesia waktu itu.


Alhamdulillah..Masyaallah


“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
– (al-Baqarah:216)…

Monday, March 10, 2014

Dajjal


Ustaz Badli shah cerita tentang Dajjal.

Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan:
 

1) Tahun pertama: untuk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok-pokok sebanyak 1/3 juga.
 

2) Tahun kedua: untuk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok-pokok sebanyak 2/3 juga.
 

3) Tahun ketiga: untuk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan.
Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yang hidup kecuali beberapa ekor yang Allah kehendaki. Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal.
 

Dajjal mempunyai kuasa untuk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok-pokok. Dajjal dikatakan membawa sungai-sungai (bagaimana caranya wallahualam) yang berupa sungai api dan sungai air yang sejuk, dan mempunyai gunung roti. Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri untuk memperdaya manusia.
 

Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kepada manusia tatkala bumi sedang nazak dengan kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yang tidak beriman dengan mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dalam sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yang sebenar.
 

Yang tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api.
Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sebenarnya api? Di saat kita semua dalam keadaan terdesak? Tepuk dada tanya iman...
buatlah persiapan dari sekarang kerana tanda-tanda kiamat semua sudah ada. Kita di selangor sedang alami catuan air, salah satu krisis air..bumi sudah memberi petanda lah tu...tingkatkan keimanan atau terus leka? Pilihan di tangan sendiri....

Sunday, March 9, 2014

Allah "pegang" sekejap..MH370



Seluruh dunia sedang tertumpu dengan tragedi kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370.Pelbagai bantuan telah dihulurkan bagi proses mencari dan menyelamat.Perasaan sayu dan hiba menyelubungi kaum keluarga terdekat yang terlibat dirasai.Solat didirikan dan doa dipanjat bagi memohon pekenan Yang Maha Kuasa agar kesemuanya berlangsung selamat.Hikmah disebalik tragedi ini,telah tersusun..

Kehilangan tanpa berita itu ternyata lebih menyayat hati dari pemergian yang dapat di lihat dengan mata..

Allah "pegang" kejap MH370 sebab Dia nak bumi Malaysia dan seluruh dunia dilimpahi dengan doa. Mungkin lama sangat kita tidak berdoa......

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Thursday, March 6, 2014

Abah


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.
Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
"Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas surat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya."
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.
Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.
Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Perkongsian dari sahabat fb....

Wednesday, March 5, 2014

Aduss!! bersangka burukkah aku ni..


Assalamualaikum.. Barakah Thursday...

Hari ni aku ke pasar,dah seminggu tak berasap dapur...ada rasa macam rugi aje asyik makan luar atau bungkus,tak sedap mana pun...masuk restoran mahal pun sebab ikut nafsu..ingat kata suami: "pilihan atas kita".memang sekali ajelah aku jejakkan kaki ketempat-tempat itu..hampa, nama bukan main gah lagi..ingat kata suami lagi:"makan macam masakkan dalam tin aje".sedih...masuk restoran yang towkehnya seorang artis komedi,pun hampa..jenguk-jenguk kat dapur yang hampir nampak,banyak barang yang meragukan..barang-barang dalam tin yang kita tak pernah beli..tengok pulak minyak masak dalam plastik...yang kita tak pernah guna pun...aduss.

singgah pulak gerai-gerai tepi jalan,tengok hotdog,dalam hati kata, jenama apalah mak cik ni guna..comfirm guna minyak dalam plastik ni..mula bersangka buruk...belum lagi fikir makanan kat kantin sekolah...hotdog,daging burger,roti yang di gunakan...aduss..bersangka buruk lagi...takkan lah makcik tu nak beli jenama yang top kat kedai-kedai tu yang ada tanda halal jakim,di tambah beli yang kuantitinya banyak...
kalau nak di kira tanda halal,semua pun ada tanda halal,takut-takut ramai manusia yang jenis tangkap muat...aduss..

Teringat kejadian kematian selepas makan lauk kenduri dan pasar malam....


 elak dari membeli di kantin sekolah..bekalan muhammad,iman dah pandai memilih makanan apa yang di suruh mamanya...

aku puas bila masak sendiri,makan sendiri..aku bukanlah cerewet,tapi semacam ada sesuatu bila aku makan luar,hati selalu nak berkata-kata.munkin aku bukan kaki makan luar kut...yang aku dan suami boleh terima makan luar ialah teh tarik,roti canai dan capati...yang lain-lain aku rasa aku masak lagi sedap..(puji diri sendiri)...kalau asyik mengomel aje..agak-agak sahabat, aku makan luar lagi tak?...pilihan atas kita..."ke, tak bersyukur,ke, itulah rezeki kita...ke,ianya ujian untuk kita"......tolong jawab ye...?



Tuesday, March 4, 2014

Nevermind




Einstein: Genius mind
 Galileo: Great mind
 Newton: Extraordinary mind
 Bill Gates: Brilliant mind
 Me: NEVERMIND.......

Sunday, March 2, 2014

Cerita cinta Ahmad Ammar


Salam 1 Jamadil awal. Hari pertama bagi bulan kelima dalam kalendar Islam...

Banyaknya airmataku mengalir,satu bab ke satu bab airmataku tumpah...sampai anak-anak perasan..faham benar mereka melihat reaksi aku..anak-anak juga tahu siapa pemuda hebat ini...
Selepas ini, buku beralih tangan kepada anak-anak..semoga menjadi inspirasi..semoga semua kebaikan Ammar menjadi ikutan...'kematian yang menghidupkan"



Diambil sedikit dari catatan buku ini.."Tingkat yang paling tinggi dalam kalangan ahlinya ialah mewakafkan diri seluruhnya untuk Islam.Konsep wakaf diri inilah yang menjadi salah satu pengerak penting kepada dakwah Jamaah Hayrat."
Rupanya,apabila kunawaitukan anakku ini untuk Allah dan RasulNya,perancangan Allah berjalan dengan cara yang tidak mampu untuk aku membayangkannya.Apa lagi untuk memahaminya.Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai kebesaran Allah,Terima kasih Ya Allah." Tuan Haji Ahmad Azam(Ayahanda Almarhum Ahmad Ammar).

p/s Apakah ertinya aku di kala ini...

Hidup hanyalah sementara. Apakah ertinya hidup ini jika ia hanya dipenuhi dengan sesi makan dan minum, tidur dan bangun, bekerja dan berehat, berkahwin dan berkeluarga, berkerjaya dan bersara, sihat dan sakit serta berakhir di penghujungnya dengan kematian tanpa diisi dengan sebarang perjuangan dan persiapan untuk masa depan?
...

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..




Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)