Pages

Sunday, March 31, 2013

Hantaran kelambu kek



Assalamualaikum

p/s kek pelangi masam manis sangat sesuai buat hantaran tunang atau nikah bagi perjalanan yang sangat jauh..


Tuesday, March 26, 2013

SI kundur


Terpesona dengan ciptaan Allah.


ketika masih muda kelihatan segar

 ketika matang daun sudah kekuningan...sama seperti kita manusia...di sudahi dengan kematian

p/s ambil gambar si kundur dari kebun orang...uniknya buah ni.

Monday, March 25, 2013

Sunday, March 24, 2013

Terima kasih semua

Assalamualaikum

Terima kasih semua kerana bagi motivasi dan semangat kepada anakanda adibah dia sangat terharu terima kasih sangat-sangat.insya Allah akan ke Putra Jaya untuk  buat semakan.

nak tayang kek hari ni...








 p/s jemput tengok..nanti saya akan menyusul ke blog anda..rumah bersepah baru siap tempahan..kemas-kemas dulu yuk..


Thursday, March 21, 2013

Manusia memang lemah



Assalamualaikum maaf saya tak dapat lagi nak berziarah ke blog rakan-rakan ..cuma saya nak ucap berbanyak terima kasih kesudian datang ke sini.

idea untuk mencatat sesuatu di sini seakan kosong..mungkin kepenatan agaknya.

sambil membuat tempahan dengan adibah kami berbual-bual..terkeluar dari mulut saya..

Saya: 'kakak rasa selama hari ini kakak solat  Allah tak terima ke?"

Adibah: "ada juga terasa sebab semalam akak tengok tv ada seorang budak tu rajin bangun tengah malam buat solat hajat boleh kata buat setiap malam, mengaji setiap hari.akak kata dalam hati akak pun macam tu juga.tapi kenapa tak sama dengan budak tu spm dia semua A...Tapi kenapa bukan kakak? (menangis)

Saya:"tak boleh ingat macam tu..selama hari ini Allah dah banyak bagi kakak  macam-macam kejayaan kakak dapat,Allah sedang menguji kakaklah ni..itu tandanya Allah sayang kakak.Allah tak nak kakak leka,itu sebab Allah pilih kakak untuk di uji..(menangis).mama juga sentiasa berdoa untuk kakak,macam-macam solat sunat mama buat,tapi siapa kita nak melawan takdir Allah.Allah uji kita ni sikit aje..biarlah Allah mengiktiraf kita bukan manusia.kita tak tahu RAHSIA ALLAH.

p/s agak terkilan dengan keputusan spm, sebenarnya dia memang target 8/9A begitu juga saya dan suami .memang kami tak sangka..tapi kami redha...




Result


Buat anak-anak yang mengambil keputusan SPM, hanya dengan keyakinan pada qada' dan qadar Allah sahajalah yang menjadikan apa saja keputusan yang kita perolehi hari ini bermanfaat untuk diri pada masa hadapan, dunia dan akhirat.

Bersyukur dan bersabarlah. Ingat! selama kita bernyawa ini pun, apa yang telah diberiNya jauh lebih banyak daripada apa yang kita pinta.( ustaz zahazan muhamed)

Allahhhhhhh... :')


4A...

p/s ini saja yang dapat adibah capai..bohonglah kalau saya kata adibah tak kecewa...dua subjects akan di semak semula...memandangkan dia tak berpuas hati.

Wednesday, March 20, 2013

Tuesday, March 19, 2013

LAVENDER



assalamualaikum

p/s sibuk menyiapkan gubahan untuk hantaran pertunangan...tq sudi menjenguk sini.

Saturday, March 16, 2013

Tamat latihan di PLKN Gambang


Dah sampai rumah alhamdulillah.hampir tiga bulan menjalani latihan PLKN di Gambang..

 Company terbaik keseluruhan..Tahniah wirawati-wirawati..



Dah habis....adibah stress!!beberapa jam lagi ..ooo spm

Thursday, March 14, 2013

Assalamualaikum



If you`re talking about me behind my back that just means my life is obviously more interesting that yours.

Wednesday, March 13, 2013

Belajar membuat bunga

Isi masa lapang..

kertas,lidi dan dawai halus gambar agak malap..malas nak bangun buka lampu, anak-anak belajar malas nak ganggu..
potong kertas empat segi tepat,setiap penjuru di gulung-gulung dengan lidi.

terbalikkan

tekan dibahagian tengah dan ikat dengan dawai halus



setiap kelopak bunga di satukan untuk menjadi sekuntum bunga anggaran empat kelopak bunga...kalau nak lagi cantik tengah-tengah di letakan manik atau apa pun.

Sampai hati



memang siti ni cantik sangat,mungkin ini gambar lama yang saya google,sekarang dia dah pun tutup kepala dia yang setoit dulu tu...bukan nak cakap pasal siti..tapi sampai hati orang yang design atas kepala tu..agak-agaklah..kita pun berhak pilih tau..

boleh berniaga karipap tu...kuih..kuih..

p/s maafkan saya..

Tuesday, March 12, 2013

Dapur berasap

sifat perempuan memang suka  memasak..memandangkan tak sibuk ...
saya percaya semua orang pun pandai memasak hidangan ini...baca bismillah dan selawat masak dengan hati yang ikhlas lagi luhur.

"semua orang berhak berkongsi kebaikan dalam fb atau blog sekali pun dia baru nak merangkak di jalan membaiki diri.usah pedulikan kata orang,kalau ada hadith atau kata-kata nasihat atau artikel yang berfaedah,post sahaja..malaikat akan mencatat pahala anda."UAI


Masak banyak-banyak kasi kenyang perut suami..

 siakap masak kicap

 udang goreng

 masak lemak pucuk ubi kayu

 sambal petai udang

puding oreo

Monday, March 11, 2013

Malu dengan suami



Selangkah anak perempuan keluar dari
rumah tanpa menutup aurat, maka
selangkah juga ayahnya itu hampir ke
Neraka.

Selangkah seorang isteri keluar rumah
tanpa menutup aurat, maka selangkah juga
suaminya itu hampir ke Neraka.

Pernah dengar kajian salah seorang
ustaz ?
Beliau mengatakan bahawa ketika di akhirat
nanti seorang anak membantu orang
tuanya masuk ke syurga dengan amalan-
amalan anaknya tetapi orang tua tidak  menolong anaknya masuk syurga dengan
amalan-amalan orang tuanya.

Untuk itu menjadi Sholeh dan Sholehah
bukan pilihan. Tapi Harga Mati !!!. 


p/s segan sangat bila ada orang datang rumah  dengan tidak menutup aurat berbaju ketat dan tidak bertudung. sangat segan dengan suami

Sunday, March 10, 2013

KHABAR CEMERLANG DARI PLKN

semoga semuanya di dalam peliharan ALLAH sentiasa.

hampir setiap hari selepas solat sentiasa berdoa untuk kecemerlangan anak-anak di dunia dan akhirat semoga anak-anak menjadi yang soleh dan solehah dan sentiasa kehidupan ini di berkati ALLAH S.W.T.
dalam kalut menguruskan kehidupan hari-harian masa untuk bekal hari akhirat sangat di titik beratkan terutama dalam memberi yang terbaik untuk anak-anak.Kata-kata nasihat suami di jadikan pedoman dalam setiap perkara yang di lakukan.suami banyak membimbing untuk lebih dekat dengan Ilahi. sentiasa berkongsi semua perkara dengan suami.

Manusia melayan kita bukan perkara utama.tetapi bagaimana kita mengabdi kepada ALLAH.

Dah melalut dah saya ni..berikut khabar gembira dari anakanda adibah yang hampir tamat menjalani latihan PLKN.

Alhamdulillah, johan kawad kaki wirawati ,johan nasyid.johan pengurusan jenazah,johan dorm wirawati terbaik adibah selaku ketua drom,.naib johan kompeni,terbaik kerohanian dan tempat ketiga dalam kategori rintangan dan halangan.


tahniah untuk anakanda adibah dan rakan-rakanya.

Pada ibubapa yang risau sebelum ini tentang PLKN ingin saya khabarkan disini bahawa PLKN adalah tempat untuk anak-anak belajar banyak perkara mahu pun dunia dan akhirat.saya sebagai wakil pada ibubapa yang anak-anak terlibat dalam PLKN di luar sana mengucapkan beribu-ribu terima kasih kerana tunjuk ajar Cikgu,Ustazah dan Ustaz.

p/s minggu terakhir adalah minggu airmata untuk mereka kerana perpisahan antara guru-guru,ustazah,ustaz dan kawan-kawan.

semangat tentera juga dah meresap ke dalam hati anak-anak PLKN ini..kalau di hantar untuk membantu di Lahad Datu juga mereka sanggup.Adibah kata "NAK."

Thursday, March 7, 2013

Beban anak perempuan

Assalamualaikum.


Aisyah r.a berkata, "Pernah seorang wanita bersama dua orang anaknya yang perempuan mendatangiku untuk mengemis kepadaku.Namun sayang mereka tidak mendapatkan apa pun daripadaku,kecuali sebiji kurma,dan aku memberikan kurma itu kepadanya.Lalu wanita itu membelah buah kurma tadi untuk kedua anaknya perempuannya,sedangkan dia sendiri tidak memakannya dan si wanita kemudian berlalu dari hadapanku.
Selepas itu Rasulullah datang,lalu aku menceritakan kejadian itu kepada beliau.Setelah mendengar ceritaku,kemudian Rasulullah berkata, 'Siapa saja yang di bebani oleh kedua anak perempuan,seperti orang tadi,kemudian dia berbuat baik kepada keduanya,maka kedua anak itu akan menjadi pelindung baginya dari api neraka.' {HR.Bukhari,Muslim dan Tarmizi}

saya hidangan dengan kek lapis masam manis untuk menyegarkan mata ajelah supaya tak mengantuk bila baca n3 di atas...


p/s selamat hari kita perempuan...

Tuesday, March 5, 2013

Sempat tumis menumis aje...




Siap tempahan,masak pula sempat menumis ajelah hari ni...lepas zohor insya Allah bersambung untuk tempahan kek...nampaknya tak sempatlah nak ronda-ronda..




sebelah petang nak meninjau-ninjau ke kedai gubahan pengantin pula...apa-apa pun isi perut dulu dari pagi tak makan ni...

Monday, March 4, 2013

SMS



ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yang anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yg x bernama. Alangkah terkejutnya si ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

” hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu-tunggu tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang kerumah baby… X sabar nk tunggu sayang ”

Si ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..’Cuba  tengok sms ni, tak tau apa nk jadi dengan anak kita ni!’ Ibu seakan-akan tidak percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

‘kau nak ke mana malam ni?’

‘ke rumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat’

‘Tengok apa maksud sms ni?’ si ayah membentak.

‘la… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nak tunggu sms penting?’ jawab anaknya selamba.

si ayah lari… Ibu pulak mengejar dengan penyapu…

Sunday, March 3, 2013

PANDAI-PANDAILAH...

 Assalamualaikum


J A N G A N berkata kepada anak-anak
kita: "Bangun solat,nak masuk neraka ke??
TAPI katakan kepada anak-anak: "bangun, jom solat berjemaah nak masuk syurga tak?
 

Pandai-pandailah
memberikan penjelasan tentang solat
kepada anak kita, jangan terlalu
mengupah hadiah yang sifatnya duniawi,
tapi motivasilah mereka dengan imbalan
pahala di sisi Allah. Insya Allah akan memupuk kesedaran dalam
melakukannya. 



Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)