Pages

Thursday, February 28, 2013

SAKINAH,MAWADAH DAN RAHMAH



Sakinah,ialah ketika kita melihat
kekurangan pasangan namun mampu
menjaga lidah untuk tidak mencelanya.
 

Mawaddah,ialah ketika kita mengetahui
kekurangan pasangan namun mampu
memilih untuk menutup sebelah mata atas kekurangannya dan membuka mata yang
lain untuk berfokus pada kelebihannya.
 

Sedangkan Rahmah itu ialah,ketika kita
mampu menjadikan kekurangan pasangan
sebagai ladang amal untuk diri kita..

SEMALAM






"Terima kasih mak sebab lahirkan man"  28.2.

bawa buah tangan untuk mak.roti tu mak yang pesan suruh suami beli  nak buka puasa dengan roti.mak mertua jarang makan nasi apa yang ada sahaja,  roti cicah kari pun ok.

bila tiba hari lahir keluarga anak-anak lebih teruja semangat aje nak buat apa pun..

kad ucapan dari muhammad

 dari iman soffea

dari azhan
tengahari adibah call ayahnya..






Wednesday, February 27, 2013

TIP NAK DAPAT TEMPAHAN


Dah hampir 4 tahun saya buat perniagaan dari rumah. kecil hingga sederhana besar.dari orang tak tahu hinggalah orang tahu tentang kewujudan bisnes rempeyek dan kek.hinggalah masuk ke sekolah,pejabat,rakan-rakan,saudara mara dan sesiapa sahaja yang saya tidak kenali setakat ini.

Imbas kembali,.suatu hari saya teringin nak makan rempeyek kebetulan jiran (masa menetap di Ipoh setahun) sebelah memang pembuat rempeyek.sebelum ini tak tahu pun.tahu pun selepas terdengar perbualan jiran dengan anaknya mengenai rempeyek.jadi saya pun menempahlah sebalang konon nak rasa dulu.baru aje nak menempah jiran itu cakap.."tak bolehlah, sebab jaga cucu lagi pun tempahan kawan anak pun tak siap lagi."tak ada rezeki sayalah tu.suatu hari jiran itu hantarlah sepinggan rempeyek yang warnanya agak-agak gelap perang gitu..."oh terima kasih mak cik."kalau dah rezeki tu tak kemanakan..

apalagi masuklah ke mulut...(jahat) tak sedap dalam hatilah...nasib tak order.

seminggu selepas itu saya buat rempeyek sendiri,resepi sendiri pertolongan ALLAH dengan izin.respon suami,anak,semua kata sedap,dan ranggup.suatu hari kakak datang rumah saya bagi sebalang,pun kata sedap siap buat tempahan sampailah ke hari ini alhamdulillah.

Tip nak dapat tempahan senang aje. pertama kena banyak memberi rasa bila suka baru tempah.begitu juga dengan kek bagi sesiapa sahaja,kalau tetamu bertandang jamukan mereka dengan hidangan-hidangan tadi,bila bagi jangan berkira sangat bagi betul-betul bagi, sampai mereka sendawa..bila mereka menempah alhamdulillah bila mereka tak menempah terus aje sifat bagi-bagi tu.Tip kedua jangan kedekut dan jangan berkira sangat dengan pelangan,kita ambil untung sedikit sahaja dengan izin ALLAH sekali ganda kita bagi berkali-kali ganda ALLAH bagi.

Sampailah ke hari ini SYUKUR.

p/s sampai sekarang berterima kasih pada mak cik jiran tu melalui rempeyek tak sedap dialah saya berniaga dengan izin ALLAH.

Sunday, February 24, 2013

Masak...





 "Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah." (hadis riwayat Anas bin malik)



Thursday, February 21, 2013

Wednesday, February 20, 2013

ZuriatKU


Bila bercerita tentang anak-anak  semua ibubapa akan teruja tambah bila mereka semakin meningkat tumbesarannya.

Entah kenapa petang semalam selepas sahaja muhammad ikut ayahnya ke masjid hati saya risau takutkan muhammad di kidnap orang tiba-tiba aje perasan itu datang.saya memikirkan muhammad masih budak-budak, selalunya bila budak-budak solat saf paling belakang.macam-macam boleh terjadi di belakang  walaupun di dalam masjid.sampai kesitu fikiran saya..saya beristiqfar.

Dah pukul 10 malam muhammad dengan suami pun sampai..lega saya.
masa nak tidurkan muhammad saya ceritalah mengenai perasaan tadi..saya kata dekat muhammad "lain kali tak payah pergi masjidlah tunggu muhammad besar sikit ye."dia kata "kenapa?"mama risaulah nanti muhammad entah apa-apa jadi kat belakang."dengan bersahaja dia cakap yang pergi masjid tu..kan baik."dalam hati betullah dia cakap tu..



Kebiasaan setiap pagi sebelum ke tadika dia akan minta makan kismis itulah sarapan dia setiap pagi susu dan kismis.dia sangat teruja bila makan kismis.setiap kali dia makan kismis mesti dia berselawat bukan setakat 7 kali,dia berselawat berpuluh kali baru dia makan kismis tu.sebab dia nak Allah berselawat ke atas dia beratus ratus kali.

Dia akan simpan semua perkara yang baik dalam kepala dia..contoh makan kismis boleh jadi pandai dia akan makan ..macam tu jugalah dengan selawat saya kata pada dia kalau sekali kita berselawat ke atas Nabi sepuluh kali Allah berselawat ke atas kita.setiap pagi selepas makan kismis mesti dia kata "mama hari ni muhammad selawat 30 kali maknanya Allah berselawat ke atas muhammad(dia) sebanyak 300 kali..ye." "ye sayang, pandai anak mama.

Muhammad memang suka tengok kartun dia akan tengok dan tengok tapi bila masuk aje waktu solat dia akan alihkan siaran untuk dengar azan.setiap kali dia alihkan siaran tv memang dah nak masuk waktu.saya selalu perasan...tapi senyap senyap aje.dan saya ceritakan pada suami..kami bersyukur sangat dan senyum.bukan anak-anak lain tak pandai tapi ,muhammad ni extra sikit kata saya dan suami pada anak-anak yang lainlah..nanti kecik hati pula asyik memuji muhammad aje.

Muhammad juga suka pada angka lagi banyak angka lagi dia suka...cikgu suruh kira puluh tapi dia kira ratus sampai cikgu kata "cukup kita sambung esok."

ada kisah mengenai muhammad lagi bila anak buah datang bertandang tengah bermain dia boleh bagi arahan suruh berhenti main, "solat dulu katanya".dia juga yang bentangkan sejadah untuk kawan-kawan dia,dia juga yang bagi pinjam jubah ..katanya tak boleh nampak lutut.dia juga jadi imam pada kawan-kawannya.memang berkesan sungguh,hinggakan anak-anak buah bila balik rumah masing -masing bila masuk waktu solat diorang akan solat dan nak jubah macam muhammad...info dari mak dioranglah ni..

bila dia tengok orang tak solat dia akan kata "dia tu bukan orang Islam ke."saya tanya" 'kenapa?" dia jawab "sebab dia tak solat."sampaikan budak-budak baya dia pun dia kata tak Islam.

Ada kejadian benar ada seorang budak selalu gagal dalam paper add mate.suatu hari mak dia masukanlah dia ke pusat tuisyen.guru add mate itu pun bertanya  pada si emak berapa target nak capai,maka si mak pun berkata asal lulus.tibalah masa anak exam..di ringkaskan cerita bila dapat keputusan add mate si anak dapat D.agak terkilan si mak tadi.

kesimpulannya janganlah berdoa asal lulus kita kena berdoa untuk dapat A.

p/s buat perkara yang baik-baik contoh kepada anak-anak




Tuesday, February 19, 2013

Ww-subhanallah




Surat dari kakak



 Antara isinya....

Assalamualaikum,
Hari ni kak last dlm class budaya kerja.mula-mula kumpulan kak bosan,lama-lama baru ok.akak rindu nak balik Gombak rindu mama dengan ayah rindu semua kat rumah.

Akak minta maaf kalau buat salah selama hari ini.kakak melawan cakap mama ayah.akak minta maaf sangat-sangat.akak sendiri nak jadi anak yang baik tapi susah nak ubah diri.Insya Allah,PLKN akan jadi satu perkara yang dapat ubah diri kakak

Kawan-kawan kak di sini baik.orang yang pentingkan agama.dari segi kawan semua tak ada masaalah.Jaga diri baik-baik.Assalamualaikum.


Aktiviti mengutip sampah di pantai teluk cempedak.


Hopefully, This One More Month Can Give Me The Precious And Wonderful Memory Ever ♥ Adibah

p/s dah jadi dayang senandung

"Kenapa doa macam tu""

Awal tahun yang sangat padat dengan tempahan...suka dan penat.tapi bila sesuatu perkara yang menjadi minat ianya tak jadi masaalah.Semalam muhammad ikut si ayah ke masjid,sebelum itu saya berpesan pada muhammad "jangan lupa doakan mama ye' dia jawab "ok mama" muhammad doakan supaya orang tak tempah rempeyek dan kek mama"spontan aje dia cakap.saya tanya "kenapa doa macam tu" dia tak jawab tapi senyum aje..mama sangat faham...tapi bila saya dapat duit masuk dalam dompet dia..pandai pula dia kata "duit muhammad dah banyak..sebenarnya dia tak suka tengok saya ni selalu sibuk di dapur.Sebelum keluar rumah muhammad pun cakap"Ok nanti muhammad doakan  bisnes mama maju."

Sangat bersyukur.





p/s kaki berpijak di tanah namun cita-cita tinggi di angkasa



Monday, February 18, 2013

Yang mana satu "PuuTTT" anda..

Assalamualaikum.

mood MEREPEK HARI INI...

orang bagimanakah kita..:)

Orang bijak :
Orang yang tahu bila harus kentut dan bila tidak boleh kentut

Orang sopan dan jujur :
Orang yang kalau kentut selalu bercakap :
"Maaf saya mahu kentut dulu"

Orang terlalu bersih:
Orang yang kalau kentut seluar dilepas dulu

Orang pelik :
Orang yang kalau kentut tidak pernah diketahui oleh orang lain

Orang sosial :
Orang yang selalu kipas-kipas setiap selesai kentut

Orang sombong :
Orang yang suka mencium kentutnya sendiri.(kentut yg bau pandan kut)

Orang banyak akal :
Orang yang kalau kentut sambil berteriak,
agar tak terdengar kentutnya

Orang bodoh :
Orang yang tidak dapat membezakan mana kentut sendiri dan mana kentut orang lain

Orang tidak jujur :
Orang yang selepas kentut terus meludah

Orang berjimat :
Orang yang mengeluarkan kentutnya sesuai mengikut keperluan

Orang sadis :
Orang yang suka kentut di depan muka orang lain

Orang yang suka tabur fitnah :
Orang yang kalau kentut langsung menuduh orang lain

Orang sial :
Sudah bau kentut masih menuduh orang lain

Orang gelojoh :
Orang yang suka mencium kentut orang lain

Orang boros :
Orang yang kalau kentut dikeluarkan
sekaligus sampai terikut hampas-hampasnya(najislah)





Sunday, February 17, 2013

DUNGU


Manusia yang paling dungu adalah yang sama sekali tidak memiliki nilai-nilai keutamaan dalam dirinya,tidak mempunyai tujuan-tujuan yang jauh kehadapan,yang selalu memperturutkan keinginan nafsunya dan yang tunduk kepada kesenangannya.

Rasulullah SAW bersabda: "perumpamaan teman duduk yang jahat adalah seperti peniup unggun api."

maka janganlah kamu duduk berserta mereka,sehingga mereka beralih keperbincangan yang lain sesungguhnya jika kamu berbuat demikian,tentulah kamu serupa dengan mereka (AN-NISA':140)

Allah SWT berfirman dan jika kamu melihat orang yang memperolok-olokan ayat-ayat kami,maka tinggalkanlah mereka."(AL-AN'AM;68)

p/s dungu bermaksud bodoh sombong bila kita bercakap mengenai hal agama mereka meremeh-remehkannya..macamlah dunia ini dia yang punya.


Tuesday, February 12, 2013

Satu minit


Indahnya hidup dalam perintah Allah..tapi zaman sekarang susahnya nak kukuhkan iman..keluar aje dari rumah mata dah sakit..macam itulah terjadi sebentar tadi..bila suami terpandang orang yang berpakaian menjolok mata..saya kata pada suami "janganlah merungut, asal kita jangan memandang dengan pandangan bernafsu sudah."yang berdosanya bila kita memandang dengan bernafsu...semoga pintu hati orang itu terbuka untuk menutup auratnya..berdoa ajelah.berdoa untuk orang lain maka malaikat akan berdoa untuk kita.suami kata "ye": "I tahu you tahu ingat mengingati membawa berkat".


Apa yang boleh dilakukan dalam masa 1 minit?

Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim  muslimat.

1. Dalam 1 minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-fatihah
Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah Saw melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah Swt. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.

Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.

Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan

2. Dalam 1 minit anda boleh membaca 20 kali surah Al-Ikhlas
Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali

4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali


5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6. Boleh menyebut Subhan Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa la ilah ill-Allah, Wa Allahuakhbar sebanyak 18 kali

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.
Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,

p/s 1 minit saya tulis blog...peringatan untuk diri sendiri juga..

Friday, February 8, 2013

Kain kafanku"



assalamualaikum.

kalau boleh hari-hari pun saya nak cerita mengenai Rasulullah.
saya harap kalian janganlah bosan..nak cerita mengenai perkara lain tak bijak mana pun.ini adalah satu lagi contoh yang patut kita ikuti...

sambil baca mari le kita tengok keindahan laut...

Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Rasulullah s.a.w keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Rasulullah s.a.w, lau berkata, “Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya,” ujarnya.

“Baiklah,” jawab Rasulullah s.a.w ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis,Rasulullah s.a.w datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. “Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasulullah s.a.w Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Rasulullah s.a.w kerana itu dipakainya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak permintaan seseorang. “Mengapa engkau masih memintanya ?” sungut para sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah s.a.w, “Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku.”

Wednesday, February 6, 2013

Celoteh


Ya Allah hari- hari sibuk mengalahkan orang gaji PM je...maaflah tak sempat nak jalan-jalan lagi..nanti ada masa saya tetap datang bertandang..memandangkan saya ni perniaga kecil-kecilan ambil saja peluang yang datang..sambil berniaga ada juga bagi motivasi dekat orang..pasal rumahtanggalah,ekonomi tak berapa nak kukuhlah,minta resepilah,terima orderlah,kejap lagi ada pelangan nak ambil tempahanlah,sambil jemput dan hantar anak-anak ke sekolah singgah kejap beli barang,ada saja barang yang tak ada.tengah sibuk-sibuk membeli dapat call "kak nak order bla..bla"..alhamdulillah.. hai bila nak habis ni..

tapi sempat lagi duduk depan pc hehe.. ini hobi..perempuan bila menguruskan rumahtangga perlu cekap dan amanah.
sambil masak boleh aje basuh kain..sementara masak ambil penyapu lepas tu mop lantai...sambil-sambil mop lantai tengok anak tengah belajar dan tanya apa yang tak faham.kadang-kadang sambil mop,dan masak juga boleh ajar anak.

belum masuk tiba-tiba suami call lagi..tolong tengokkan dalam laci tu ada tak bla..bla.."ah tak jumpalah"..cuba cari kat sana ,kat sini...

tengah sibuk-sibuk.."mama Muhammad nak berakkk....







Tuesday, February 5, 2013

Makanan Melayu lama


Kuih melayu lama yang mana jadi pilihan untuk di makan...


  cucur badak 

 kek lapis caramel

 tepung talam

apam gula kabung

 bingka

 karipap

 ????inti sambal ikan bilis di lapisi potongan timun

 cucur udang

 kek batik

 kek gula hangus

 putri ayu

 putri ayu versi baru

 buah melaka

 martabak sardin

 lepat pisang

 roti gulung sardin

 kuih jala

 ubi kayu rebus

 pulut kuning bersama rendang ayam

 apam balik

kuih keria

DIA


Alhamdulillah selama hari ini..ke hulu ke hilir DIA berkhidmat untuk saya.
Berpanas tuhan saja yang tahu..selama dua tahun DIA tak pernah meragam apabila bersama saya, adalah sesekali ..Bila saya dengan DIA doa Nabi Yunus sentiasa di bibir.Doa itulah yang menyelamatkan saya selalu dan Allah sentiasa memudahkan.

Syukur sangat-sangat,macam mana pun DIA saya setia dengan DIA,saya tak pernah nak merungut malah bersyukur dengan adanya DIA.kerana DIA saya ke sana kemari.

Bila mana suatu hari DIA di tinggalkan di tempat yang asing..saya terpaksa meninggalkan DIA dengan orang lain.mungkin nasib DIA akan bertambah baik selepas ini.

Terharunya saya bila saat saya meninggalkan DIA.banyak jasanya pada saya,tak terbalas dengan kata-kata atau apa jua pun.bukan saya saja yang terasa kehilangan DIA suami dengan anak juga terasa kehilangan DIA.semoga DIA berbahagia bersama orang lain.

Kini DIA sudah di ganti dengan si DIA yang baru alhamdulillah dapat saja si BARU terus saya buat solat sunat sujud syukur..setiap kali saya dengan si Baru tak habis-habis dengan kalimah alhamdulillah di mulut saya.Terima kasih Allah. terima kasih abang.

Dalam keceriaan dengan si BARU masih teringat dengan si DIA.




Monday, February 4, 2013

RELA MASUK NERAKA


Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam”. Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS.

Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Ke esokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya”. Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi”.

Riak memusnahkan pahala




Syidad bin Ausi berkata, “Suatu hari saya melihat Nabi Muhammad s.a.w. sedang menangis, lalu saya pun bertanya Baginda s.a.w.: “Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?”



Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:”Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, “Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh.”

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, “Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah s.w.t.).” “Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya.”

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah s.w.t. Mereka berhenti di hariban Allah s.w.t. dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit.”

Sunday, February 3, 2013

Hadiah atau Rasuah




Pada zaman Umar Ibnu Abdul aziz, ada orang ingin memberinya hadiah tetapi pemerintah Islam itu menolaknya. Mengapa?
Malah mereka yang memberikan hadiah itu berkata: ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun menerima hadiah.”

Lalu Umar Ibnu Abdul Aziz menjawab: “Hadiah pada zaman Rasulullah s.a.w adalah sebenar-benarnya hadiah, tetapi pada zaman ini hadiah sudah menjadi rasuah.”

Dalam satu lagi kisah lain, seorang amil bernama Ibnu al-Lutbiyyah dimarahi oleh Rasulullah s.a.w kerana sebaik pulang dari tugasnya mengutip zakat, dia membawa harta dan berkata: ” Ini untuk kamu, dan ini mereka hadiahkan kepadaku.”

Mendengar kata-kata Ibnu al-Lutbiyyah itu, Nabi s.a.w marah lantas bersabda: “Cuba kamu duduk di rumah ibu bapa kamu sambil menunggu, adakah kamu akan diberi hadiah atau tidak?”
Yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah Ibnu al-Lutbiyyah tidak akan menerima hadiah tersebut kerana keperibadiannya, keakraban atau pertalian darah dengan orang yang akan memberikannya hadiah itu. Sebaliknya  dia mendapat hadiah itu kerana tugas dia sebagai amil dan Ibnu al-Lutbiyyah tidak berhak menerimanya.

berhati-hati apabila diberikan hadiah. Tanyalah kepada diri berasaskan iman "layak ke aku ambil hadiah ini?" mungkin ia dilarang syarak??


Novel sejarah Islam




born
January 01, 1954 in Negeri Sembilan, Malaysia

gender
male

website


About this author

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq...more


p/s alhamdulillah dapat berjumpa dengan penulisnya dengan tanda tangan sekali...terima kasih Pak Latip

Friday, February 1, 2013

Tiga golongan yang di laknat





Dari Abu Hurairah r.a. katanya, “Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Tiga jenis manusia tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih;

Iaitu si tua bangka yang berzina, Raja atau ketua negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.”
(Muslim)

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)