Pages

Tuesday, March 27, 2012

Tak tunjuk pandai.

Assalamualaikum

Menuntut ilmu dengann ikhlas ialah suatu ibadah yg Allah suka.Alangkah ruginya jika kita hanya mampu menuntut ilmu kala usia sudah lanjut,tetapi tidak memanfaatkan usia muda ketika masih bertenaga dan tajam minda.Masa hidup ini kita gunakan untuk belajar dan belajar untuk memimpin diri sendiri,keluarga dan sahabat handai,ingat mengingati itu adalah lebih baik,jika kita tidak tahu pada hari ini ,tak kan kita tak nak tahu selamanya.Kita perlukan panduan agama untuk memimpin diri.
       Jangan rasa tersindir apabila ada orang menghebahkannya.Jangan sampai rasa malu apabila anak sendiri ,rakan atau saudara sendiri yg menegur,bukan nak tunjuk pandai,atau nak tunjuk hebat dalam menyampaikan ilmu Allah.

Bayangkan jika sepanjang hidup kita sentiasa dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat Allah.
Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada kita mafhumnya;
 "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya,pasti Allah menganugerahinya pemahamman dalam agama".(Riwayat al-Bukhari)

Kaedah berbeza,matlamat sama,berdasarkan pengalaman,nisbah yg berminat dan mempunyai kesedaran terhadap Islam adalah sangatt kecil berbanding yang tidak berminat,peratusan kecil yg menyukai mesej santai lebih besar daripada mesej yg berat dan berdalil.
Bilangan yg suka pada dakwah secara santai itu,yg lebih gemarkan hiburan berbanding membaca atau mendengar..

Berintergriti (jujur) dalam menyampaikan.So pada sesiapa yang tak sanggup dengan komen yang agak lantang,pandanglah ia secara positif.Tulisan aje yang agak keras penyampaiannya lembut dan berhemah.

Nota;"Sukalah entri awak',betul",setuju',itukah yang kita nak,penuh dengan pujian-pujian,kalau membangkang terus saja sentap.Membangkang tak semestinya menolak.mungkin dia ada pendapatnya sendiri.

Tak ada kena mengena pada yang hidup atau yang sudah mati.

Wassalam.

Unfollow.

Assalamualaikum.

Nampaknya ada seorang hamba Allah yang unfollow saya.Agaknya berkecil hati dengan komen dari saya.Saya tak pandai nak bodek-bodek orang,apa yang keluar ikhlas dari hati.Biarkan ia berlalu seperti angin.Jom kita masak.

Tako

BAHAGIAN BAWAH

sengkuang cina

1 cawan tepung jangung (diayak)

11/2 cawan gula pasir

6 cawan air

jus pandan


BAHAGIAN ATAS

1 cawan tepung jagung (diayak)
1 cawan santan 

sedikit garam


CARA MEMBUAT

1. Buat acuan dari daun pandan macam bentuk sampan.

2.Campurkan semua bahan untuk bahagian bawah dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun yang telah tersedia sengkuang dipotong kecil.

3. Campurkan semua bahan untuk bahagian atas dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun.

4. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Wassalam.

Wednesday, March 21, 2012

Berilmu dan bersifat dewasa.

Assalamualaikum.

 Perlu kita  bergaul dengan orang-orang yang pandai, berilmu, bersikap dewasa dalam menghadapi sesuatu dan pandai menggunakan akalnya. Atau bergaul dengan orang yang faqih (pintar dalam ilmu fiqih dan mempraktikannya) serta sabar dan murah hati. Dzunnun Al-mishri mengatakan: "Tiada anugerah yang lebih baik yang diberikan oleh Allah kepada seorang hamba sebaik akal, tiada pula untaian kalung yang lebih bagus yang dikalungkan oleh Allah SWT kepada seorang hamba seindah ilmu, tiada pula perhiasan yang lebih indah yang Allah hiaskan kepada seorang hamba seindah kemurahan hati. Dan yang paling sempurna diantara semuanya adalah Taqwa".

Selain itu, kita juga perlu memperhatikan bahawa Pergaulan dengan orang-orang yang lebih tua hendaklah dilakukan dengan menghormati dan memberikan bantuan, seperti dengan membantu meringankan beban yang mereka pikul atau membantu pekerjaan mereka. Kepada sesiapa sahaja,juga rakan  hendaklah pergaulan dilakukan dengan saling menasihati, berkorban satu sama lain, serta saling membantu dalam kebaikan dan tidak dalam perbuatan dosa. Sedangkan dengan kanak-kanak dan para remaja hendaklah pergaulan dilakukan dengan memberi nasihat dan menunjukkan pada kebaikan, mengajarkan tata karma serta mengarahkan mereka menuju pengetahuan, adab sunnah nabawiyah, dan hukum-hukum rohaniyah. serta mengajarkan mereka untuk berhias dengan akhlak yang baik.

Nota;Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca  entri-entri saya,yang kadang-kadang buat orang tak suka.Maaf kerana tak dapat nak bw...
Saya bukanlah bijak,cuma hamba Allah,yang mencari redha Allah.Maaflah kalau ada yang tak suka.

Wassalam.

Friday, March 16, 2012

Hayatilah...

Assalamualaikum.


Kepada rakan-rakan dan saya juga, surah Al Fatihah dikenal sebagai intisari Al Qur’an , kerana itu pada saat melaksanakan solat, surat Al Fatihah harus dibacakan dalam setiap rakaat…

Hampir semuanya hanya hafaz bahasa arabnya tapi tidak tahu maksudnya..
Memang sebahagian kecil ada yang tahu maksudnya, tapi hanya sebahagian kecil dari ayat nya saja….
 Kesimpulannya ialah kalau mahu hidup selamat,tidak berhasad , terbebas dari berbagai penyakit dan masalah, setiap orang yang mengaku beragama Islam, mutlak harus memahami dengan baik dan  makna dari Surat Al Fatihah…

Setiap hari kita membaca surah al-Fatihah sebanyak tujuh belas kali dalam setiap rakaat,tidak termasuk lagi solat-solat sunat.


 Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Rasakan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita semua, bayangkan semua nikmat yang telah kita terima dariNya. Nikmat udara yang kita hirup, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sehat. Apakah kita sudah berterima kasih padaNya??. Rasakan kasih sayang dan sifatnya yang maha pengasih serta pemurah. Rasakan getaran dihati anda, hingga timbul dorongan untuk menangis. Silalahkan menangis jika dorongan itu memang kuat. Jangan tahan tangisan anda.



Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

Rasakan betapa mulianya Allah, betapa Agungnya Dia , hanya Dialah yang berhak dipuji. Dialah Tuhan penguasa Alam semesta yang maha mulia dan Maha terpuji. Rasakan betapa hina dan tidak berartinya kita dihadapan Dia. Lenyapkan semua kesombongan diri dihadapaNya. Rasakan getaran yang dahsyat didada anda…



Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Rasakan seperti pada ayat pertama

Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”

Bayangkan seolah olah anda berada dihadapan Allah di padang Mahsyar kelak. Dia lah penguasa tunggal dihari itu. Bagaimana keadaan anda dihari itu? Rasakan dan hayati ayat tadabbur yang anda dengar. Biarkan airmata anda mengalir . Menangislah dihadapan Allah pada hari ini , disaat pintu taubat masih terbuka. Jangan sampai anda menangis kelak dihari berbangkit ketika pintu taubat telah tertutup



Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

Inilah pengakuan anda bahwa hanya Dia yang anda sembah, dan hanya padaNya anda mohon pertolongan. Buatlah pengakuan dengan tulus dan ikhlas.



Ayat 6: “Tunjukanlah kami jalan yang lurus”

Mohonlah padanya agar ditunjuki jalan yang lurus. Jalan yang penuh dengan rahmat dan berkahNya. Dengarkan dan hayati kalimat tadabbur yang anda dengar



Ayat 7: “(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

Bayangkan jalan orang orang yang telah mendapat nikmat , kebahagian dan kesejahteraan sebagai kurnia dari sisinya. Berharaplah untuk mendapat kebahagian seperti orang itu.

Bayangkan pula jalan orang orang yang mendapat murka dan azabnya

Bayangkan pula jalan yang ditempuh orang yang sesat mohon agar dijauhkan dari jalan itu.

Jika anda orang yang berhati peka pasti anda akan menangis, mendengar bacaan tadabbur ini. Jika anda belum merasakan getaran apapun dihati anda. Ulangi terus tadabbur ini. Gunung  akan hancur mendengar ayat Qur’an , hati anda tidak sebesar gunung bukan? Mudah mudahan Allah tidak mengunci mati hati anda ..

Wassalam.




Wednesday, March 14, 2012

Formula...

Assalamualikum.

Cuti sekolah di penuhi dengan aktiviti memasak.Anak-anak pula sibuk dengan mengulang kaji pelajaran,memandangkan spm semakin hampir,anak-anak perlu lebih kerja keras untuk mendapat keputusan cemerlang.Anak saya hanya seminggu sekali belajar{home tusyen}di rumah kawan hanya empat orang,kerana ia lebih fokus,dan sesekali mengadakan study group.

Memang selama hari ini anak-anak tak pernah ada kelas tusyen.Kata anak dia lebih suka belajar sendiri.
Kalau ikut sistem formula 5S pasti berjaya dengan izinNya.

Formula 5S

1S : SALIN SEMULA NOTA

Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.


2S : SIAPKAN SEMUA CONTOH-CONTOH PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI

Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Jumaat, Sabtu, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan.


3S : SUARA YANG KUAT

Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.
Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).


4S : SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.

5S : SELIDIKI JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA

Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masaalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.

Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.

Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja.

Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku buku-buku tersebut mengalami kekotoran.

Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.

Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya, jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152, 152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari. Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas.

Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu, buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin.



Nota;Kalau nak seribu daya.
Cikgu-cikgu boleh sebarkan pada murid-murid.

Wassalam.


Wordless Wednesday 19

 sumber dari fb, jenguk-jenguk la ke dapur mamak

Tuesday, March 13, 2012

Suatu petang.......

Assalamualaikum.
Pengertian alhamdulillah

Contoh manusia kini,Seorang sahabat menegur,"Wah cantik kereta kau ni,lantas pemilik kereta ini menjawab,Alhamdulilah.
Kadang kita rasa bangga,dengan menyebut alhamdulillah,dan rasa tak sedar kita memuji diri sendiri.Tidak ada pujian untuk manusia,pujian hanya untuk Allah SWT.Ingat semua yang kita lakukan hanya kerana Allah.
• Alhamdu = pujian terhadap suatu kebaikan yang didasari oleh ikhtiar.
• Allah memiliki prestasi yang tak mungkin disamai oleh manusia.Allah SWT dipuji atas keindahan nama-nama-Nya dan kebaikan perbuatan-Nya. Dalam Al-Qur'an pujian terhadap Allah seperti dalam QS.14:39; 27:15,93.
• Alasan Allah dipuji:

- Allah Maha Pembuat prestasi (QS.40:62)
- Allah Maha Indah dalam nama-nama-Nya (QS.20:8; 7:180)
- Allah Maha Baik dalam perbuatan-Nya (QS.32:7)
- Allah Mencipta segala sesuatu berdasarkan pengetahuan dan kehendak-Nya (QS.20:111)

Makna Rabbul alamin
Rabb = Pemilik yang mengatur urusan hamba-Nya
Al-'Alamin = Apa yang diketahui, berarti alam manusia dan jin dan kelompok-kelompok mereka (QS.7:80;3:42)



Sekurang-kurangnya harus ada empat kata sekaligus untuk dapat menterjemahkan Rabb secara tepat dan sempurna iaitu:
1. Allah sebagai Pencipta (QS.2:164)

• Manusia tidak mencipta, ia hanya mereka sahaja membuat dan menyusun. Manusia membuat sesuatu karena di ilhami oleh fenomena ciptaan Allah, 
contoh: helikopter yang di ilhami oleh capung, sistem radar yang di ilhami cara kelawar terbang di gua yang gelap. Sekalipun ia mereka sahaja atau menyusun bentuk baru pasti bahan aslinya diambil dari ciptaan Allah juga. Allah sebagai Pencipta menantang manusia untuk menciptakan lalat dalam QS.15:73.

2. Allah sebagai Pemilik (QS.14:2)

• Siapa yang mencipta pasti memiliki. Aksioma ini tidak berlaku bagi manusia, tetapi berlaku mutlak bagi Allah SWT, karena Allah SWT mencipta atas irodat dan kehendak-Nya sendiri. Allah pencipta dan otomatis Allah sebagai pemiliknya.

3. Allah sebagai Pemelihara (QS.15:9)

• Allah memiliki sesuatu yang Ia ciptakan sendiri oleh karena itu Ia tidak akan lalai untuk menjaga dan memeliharanya.

4. Allah sebagai Penguasa (QS.15:16-27)

• Allah adalah sebagai pencipta, pemilik,dan sekaligus pemelihara atas alam semesta ini, tentu saja Dia adalah penguasa mutlak atas semua yang ada di dalamnya. Apabila ada satu saja urusan atau aturan yang dilakukan atau diberlakukan oleh manusia secara nyata-nyata bertentangan dengan aturan-Nya, berarti manusia telah subversif kepada-Nya.Na'udzubillahi min dzaalika! 

Nota;Sumber.
Suatu petang tazkirah suami,makna Alhamdulillah.

Wassalam.

Saturday, March 10, 2012

Kecil-kecilan

Assalamualaikum.

Seminggu  yang sibuk,masih ada tempahan.
Pada hari sabtu 17.3,dan pada hari selasa 20.3 Dan tempahan untuk bulan 4.Maaf pada rakan-rakan kerana tak dapat lagi nak berkunjung.Terima kasih kesudian untuk datang ke sini.

Velvet fruit cake Rm 45
tempahan dari Rawang


 Rm 25 half kilo
Polca dot ke tadika
 Juga ke tadika
Tempah pukul dua belas tengah hari,nak pukul enam petang.
Kelam kabut di buatnya.
tempahan dari anak untuk mak tersayang..
Velvet cake ala2 rumput.Tak pernah ambil kelas belajar deco kek ataupun buat kek.
semua idea sendiri.Satu masa dulu hantu kek,tapi sekarang buat n tengok aje.
Satu masa dulu saya tak pandai masak.Saya berkerja dentist,di Daya Bumi,tak ada kena mengena dgn kek..bocorkan rahsia kat sini. n pernah juga berkerja di sebuah restoran terkenal di Central Market.
Restoran Thai kitchen.

Siap untuk di hantar
Nota;Alhamdulillah
Wassalam.


Tuesday, March 6, 2012

Sibuk di dapur.

Assalamualaikum.

Banyak masa saya hanya di dapur menyediakan tempahan pelangan.Nasi minyak untuk dua puluh orang.Tak sempat nak ambil gambar masakkan.
Jadi masa untuk mengupdate blog,saya gantikan dengan tidur sekejap.
Tempahan pekerja meraikan hari lahir bos..
Mesti majikannya  baik ..

Velvet fruit cake cuma Rm 45
 Nasi minyak
Siap untuk di hantar.
Ini untuk diri sendiri..kek coklat pisang 
anak-anak yang buat.

Big cinnamon.

P/s Maaf ...

Friday, March 2, 2012

Ribuan bilal melaungkan Azan.

Assalamualaikum.

Semalam bumi di basahi hujan,termasuklah saya ketika menjemput anak-anak pulang dari sekolah.

Alhamdulillah.

 Google

 “Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran saya. Subhanallah…ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah’. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah swt dan Nabi Muhammad s.a.w.
Allahu Akhbar!

   Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1 ½ jam.

   Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya akan bermula pula di Malaysia. Berikutnya akan disusuli di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikut laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Sringar di barat India.

   Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam. Dalam jangka masa itu, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

    Jarak masa Azan bermula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 ½ jam. Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), pasti akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!!!!


P/s sumber


Wassalam.

Thursday, March 1, 2012

Pahala

Assalamualaikum

Tidak sedikit pun  dari kita yang ’berkerja’ dalam ibadah kepada Yang Maha Pencipta, Pemberi rezeki, dan Penguasa alam raya;
Hanya sebatas pada kewajiban seorang hamba kepada Khaliqnya. Di situlah ada harapan mendapatkan balasan berupa gaji yang bernama pahala.


Ayam goreng berempah

 Dalca sayuran

Salad timun bersantan,resepi mak mertua


Nasi beriani ala cinnamon

p/s Rajin pula hari ini.
Pahala dalam masakkan.
Niat juga kena betul,
Semua kerana Allah.


Wassalam.

Perasan atau perasaan.

Assalamualaikum.

Ujub, adakah anda merasa takjub dan hairan kepada diri sendiri atau menyangka andalah lebih baik dan sempurna.Orang yang menyangka dialah lebih sempurna,dari segi kekayaan,pelajaran,pangkat,amalan,kebaikan dan macam-macam lagi,adalah orang yang bersifat ujub.Dan orang begini menyangka orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

Riak { menunjuk-nunjuk} ialah memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kerana mengharapkan balasan dunia yang di lakukan secara tidak ikhlas.Riak berlaku kerana mahu pujian daripada manusia.

Riak berlaku apabila dia beramal secara sendirian dan tiada siapa tahu.Namun dalam hati merasa seronok apabila orang lain tahu amalan yang di lakukan secara sendirian.

p/s Takut riak...

Wassalam.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)