Pages

Wednesday, November 30, 2011

Kami sangat rapat..

Assalamualaikum.

Di mana kan ku cari ganti,serupa denganmu... tak sanggupku berpisah,dan berhati patah,hidup gelisah..."Mendengar lagu nyayian allahyarham P.Ramlee  di radio,tanpa di sedari bercucuran airmata saya.Entah kenapa,hati saya tiba-tiba tersentuh.Tiba-tiba saya teringatkan arwah kakak.Saya sangat rapat dengan kakak,teringat semasa saya masih bujang,saya selalu menjenguk kakak,yang semasa itu kakak sudah berkahwin dan punya dua orang anak,setiap minggu saya akan datang ke rumah kakak dengan membawa sebiji kek yang saya beli di Pudu Raya,Saya mesti bawa sesuatu untuk kakak dan anak-anaknya.Kalau saya tak datang ke rumahnya,kakak mesti telefon,"hari ni tak datang ke."


Ini anak sulung dan juga anak bongsu kakak. Yang berbaju oren tu sudah mendirikan rumah tangga .Yang bertudung pink masih bersekolah di tingkatan 4 .Rupa kedua-duanya seiras kakak.


Semua masalah kakak ada dalam tangan saya,dekat saya lah kakak selalu mengadu dari hal kecil hinggalah hal yang besar.
Macam tu jugalah dengan kakak,masalah saya masalah kakak juga.
Hinggalah urusan perkahwinan saya,kakak dengan abang yang bertungkus lumus daripada A hinggalah ke Z.
Sampaikan rumah sewa pun kakak yang tolong carikan,masih ingat lagi pesanan kakak,"Kalau duduk dekat-dekat senang nak tengok kalau sakit"Pada masa tu suami agak teruk sakit asthmanya.
Pada masa saya melahirkan anak pertama, kakak juga yang menjaga saya,walaupun pada masa itu kakak juga dalam pantang.Kakak menjaga saya seperti seorang ibu kandung yang menjaga anaknya."Terima kasih kakak."

Yang ini pula anak kedua kakak. Baru tamat belajar di UITM Shah Alam.


Setelah empat tahun berlalu, saya melahirkan anak kedua.Pun begitu,satu lagi dugaan datang tanpa di duga,Kakak telah didiagnosis menghidap kanser payu dara.Sayalah orang pertama yang kakak beitahu.Saya terus menasihatkan kakak supaya menjalani pembedahan,kakak setuju,Nampak kegelisahan di wajah kakak,mungkin dia mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil,atau apa seterusnya yang bakal terjadi.
Minggu berikutnya kakak menjalani rawatan.Saat menharukan apabila kakak menjalani kemoterapi.Banyak helaian rambut kakak mulai gugur,kakak menangis dan menangis.Saya faham sangat maksud airmata kakak itu,penuh rasa hiba dan sedih.
Menyingkap tentang kakak ialah,kakak seorang yang sangat baik tak kira dengan adik-adik,kawan-kawan atau pun jiran tetangga.kakak seorang yang pendiam tapi senang ketawa ,tak suka mengata,atau mengumpat orang,kakak juga kuat solat.
Kakak pandai masak,kalau saya minta masakkan itu ini kakak akan sedaya upaya masakan.

Dua tahun berlalu,setelah penat berulang alik ke hospital,mata kakak mulai rabun,dan banyak ke tumbuhan di badan kakak,kakak sering sakit kepala,pening,kerap loya, muntah dan sebagainya.Badan kakak mulai lemah,kurus berdiri juga sudah tidak mampu.Sel-sel kanser kakak sudah merebak.Kakak sudah pun menjalani pembedahan sebelah payu dara kakak,Namun itulah hakikat yang harus kakak terima.

Saya dengan adik beradik yang lain bergilir-gilir menjaga kakak,memandikan kakak,mengambilkan kakak wuduk,menyuapkan bubur ke mulut kakak,mengurut kakak dan membaca surah-surah Al-Quran untuk kakak.Kakak tidak berdaya untuk memalingkan badan sekalipun.

Ajal maut di tangan Tuhan,Allah lebih sayangkan kakak dari kami menyayangi kakak.Kakak pergi buat selama-lamanya,Kakak pergi ketika saya tiada di sisi kakak.Saya balik ke rumah hanya sebentar,kakak sudah tingalkan saya..Inilah agaknya ke tentuan Allah,kakak pergi  bukan ketika saya ada,Saya redha.
Ketika saya datang untuk membuka kain yang menutupi kakak,tidak sedikit pun airmata saya keluar.Sudah terlalu banyak airmata kami adik beradik keluar sebelum ini  sampai sudah tidak ada airmata lagi untuk di keluarkan pada masa itu.
Mungkin Allah makbulkan permintaan saya,dan sesungguhnya saya tidak sanggup lagi melihat penderitaan kakak.

Al-Fatihah untuk kakak.

Nota;Ketika ini saya sangat merindui kakak.

Wassalam.

Tuesday, November 29, 2011

Monday, November 28, 2011

Minimumnya akal perempuan..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,di sini saya lagi..
Baru hari ini berkesempatan untuk mengupdate entri,macam-macam yang telah berlaku dalam masa empat hari ini,semua perjalanan hidup ini sudah di atur oleh Allah SWT.
 "Ibnu Umar berkata, 'Rasulullah saw bersabda, "Aku tidak melihat orang yang kurang akal dan agama dapat mengalahkan orang berakal dan bijak {lelaki},selain daripada kamu,"Kemudian seorang wanita yang bersuara lantang berkata,"Mengapa kaum wanita di katakan kurang akal dan agamanya ya Rasulullah?"
Rasulullah saw menjawab, "Wanita di katakan kurang akal,sebab kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian satu orang lelaki.Sedangkan kurangnya agama kaum wanita,kaum wanita tidak berpuasa pada sebahagian hari bulan Ramadan dan setiap bulan mereka tidak solat dalam beberapa hari."(HR.Abu Daud).

Wanita di anggap kurang akal kerana kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian satu orang lelaki.Wanita di anggap kurang agamanya kerana sering uzur,wanita  tidak solat dan tidak berpuasa,ketika haid dan nifas.
Walaupun wanita kurang akal dan agama,tetapi sanggup mengalahkan lelaki yang bijak dan kuat agamanya.Ingat! para isteri termasuk saya juga jangan nak mengatur atau memerintah suami,Minimumnya akal wanita.

Nota;Awal maal hijrah...Allah mengatur segalanya.

Wassalam

Thursday, November 24, 2011

Selepas saya tiada....

Assalamualaikum.
Kepada rakan-rakan cinnamon.
Alangkah baiknya jika kita mahu berfikir dan merenungkan,bagaimana nanti kesulitan-kesulitan yang akan kita temui di saat datangnya maut,macammana nanti agaknya menghadapi kesukaran-kesukaran sakaratul mautnya.
Maafkan saya kerana selalu mengupdate entri yang berunsurkan ilmiah,saya bukan ustazah,ataupun pakar motivasi,atau nak menunjuk yang saya hebat dalam beragama,atau bajet bagus bak kata ustaz,saya manusia biasa yang punya empat anak,suami yang baik, bertanggungjawap,dan menjalani hidup yang sederhana.
Sebenarnya setiap entri-entri saya, di persetujui oleh suami,ada juga diantaranya daripada suami selepas menghadiri ceramah-ceramah di masjid serta buku-buku koleksi saya sendiri.
Maaflah kalau entri-entri saya  menakutkan kalian,kadang-kadang ada juga kena mengena dengan orang lain,juga ahli keluarga memang saya berniat pun.Tujuan saya hanya satu untuk menyedarkan mereka.
Memang pendakwah memiliki ke sempurnaan juga ahklak dan ilmunya,tapi penghormatan juga untuk individu lainnya,sesiapa saja boleh menyampaikan ilmu,walaupun sedikit.

Setiap hari kita melakukan solat lima waktu dan sebanyak 17 kali surah al-Fatihah kita baca,belum masuk lagi solat-solat sunat yang kita buat,hari-hari kita memuji Allah,tunjukkan aku ke jalan yang lurus,tunjukkan aku kejalan yang lurus sebagaimana  orang-orang terdahulu yang engkau beri nikmat.Sempurnalah solat itu jika kita baca al-Fatihah dengan tajwid yang betul dan sepenuhnya jiwa kita tertumpu kepada Allah.Dan semoga saya sendiri  dapat jalan yang lurus itu dan Allah beri hidayah kepada sesiapa yang membaca entri-entri saya dan menyampaikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga,daripada seratus orang seorang pun Alhamdulillah.

Persoalan tentang mati tadi,memang satu hari nanti kita pasti mati.Saya nak anak-anak saya atau pun rakan-rakan dapat manfaat dari entri saya.

Nota:Kehidupan alam dunia ini merupakan ke hidupan yang sifatnya hanya sementara,maka setelah ajal yang telah di catat malaikat sewaktu manusia diberi ruh untuk hidup di alam dunia telah sampai,maka manusia mengalami ke matian.Dan setelah mati inilah manusia akan menempuh alam yang lebih luas iaitu alam barzakh.

Wassalam.

Wednesday, November 23, 2011

Keadaan bumi..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,syukur di sini saya lagi.
"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada ke jahatan,kecuali nafsu yang di beri rahmat oleh Tuhanku."{Surah Yusuf,ayat 53}

"Bahawasanya bumi setiap harinya memanggil dengan sepuluh kalimat.
Bumi berkata:
1.Wahai anak cucu Adam,kamu berjalan di atas punggungku,tapi tempat kembalimu di dalam perutku.
2.Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu di siksa dalam perutku.
3.Kamu bergurau di atas lambungku,tapi kamu menangis dalam perutku.
4.Kamu makan barang haram di atas punggungku,tapi seluruh cacing akan memakan kamu di dalam perutku.
5.Kamu bergembira ria di atas punggungku,tapi kami akan merasa susah dalam perutku.
6.Kamu mengumpulkan barang haram di atas punggungku,tapi kamu hancur di dalam perutku.
7.Kamu sombong di atas punggungku,tapi kamu menjadi hina dan remeh di dalam perutku.
8.Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku,tapi kamu jatuh kesedihan dalam perutku.
9.Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku,tapi kamu akan duduk dalam kegelapan yang gelap gelita dalam perutku.
10.Kamu berjalan untuk berjemaah di atas punggungku,tapi kamu duduk sendirian dalam perutku.
{Imam Anas bin Malik r.a.}

Nota;Ketawa ahli dunia adalah yang di lakonkan dalam cerita-cerita lucu atau pun rancangan tv berunsur hiburan  yang kononnya menghibur minda,pada hal ketawa kerana itu membuat lalai dari mengingat Allah.Ini termasuklah ketawa orang-orang yang meminum arak,ahli maksiat,penzina,penjudi,dan seumpamanya.Ketawa yang mengheretnya ke neraka.

Wassalam.

Tuesday, November 22, 2011

Wanita berpakaian tetapi bogel .

Assalamualaikum.

Boleh ke ni?
Boleh juga ke ni?

Rasulullah SAW bersabda: "Dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku lihat , iaitu (kelompok pertama)orang yang membawa cambuk(tali) seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia,(kelompok kedua)adalah perempuan-perempuan yang mengenakan pakaian namun seperti orang telanjang, yang berjalan berlenggang- lenggok , kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak masuk syurga sama sekali dan tidak mencium baunya, sedangkan baunya (aromanya) sudah terasa dari jarak sekian dan sekian."

Begini .
Wassalam.

Monday, November 21, 2011

Jawapan pertanyaan Munkar dan Nakir

Assalamualaikum.
Selamat pagi,Alhamdulillah di sini saya lagi.....

Disebutkan dalam Hadis, tatkala mayat diletakkan dalam kubur, maka datanglah dua malaikat yang hiram-hitam dan sama melirikkan kedua matanya, suaranya seperti guruh, penglihatannya seperti petir yang menyambar yang dapat membakar bumi, keduanya bersiung dan mendatangi mayat di sekitar kepalanya.

Maka berkatalah solat,"Janganlah engkau berdua mendatangi mayat di sekitarku sebab solat yang dilakukannya setiap siang dan malam kerana takut dari tempat ini. Kemudian kedua malaikat mendatangi mayat di sekitar kedua kakinya. Kedua kaki itu berkata : " Janganlah kamu berdua mendatangi mayat di sekitar kami, sebab ia beserta kami berjalan untuk berjemaah kerana takut dari tempat ini.Lalu keduanya mendatangi di sebelah kanannya sambil berkata, shadaqah jangan engkau datangkan kepadanya di sekitarnya kepadaku, "Seseungguhnya ia bersedekah kerana takut dari tempat ini. Lantas keduanya mendatangi mayat di sebelah kirinya, Puasanya mengatakan : "Janganlah kamu berdua mendatangkan kepadanya di sekitarku, sebab ia letih dan dahaga kerana takut dari tempat ini.

Kemudian Mayat bangun seperti bangunnya orang dari tidur, sambil berkata: " Hendak apa engkau berdua datang kepdaku?" .Lalu mayat mengucapkan :"ASYHADU ANLAA ILAAHA ILLALLAAH"=Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah". Kedua malaikat bertanya : " Bagaimana kamu mengucapkan hak Muhammad SAW". Maka mayat mengucapkan :WAASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASUULULLAAH=Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah. Kemudian dua malaikat mengatakan : "Engkau hidup mu'min dan mati mu'min pula".

Nota:Ketahuilah apabila seorang mayat itu telah kuburkan dan telah ditinggal pulang para manusia yang sama mengusung dan mengiringkan, maka datanglah kepadanya dua orang malaikat munkar dan nakir.  Jadi pada prinsipnya semua manusia yang mati pasti di tanya atau disoal setelah matinya .Apabila mayat itu seorang mukmin, maka solatnya ada di samping kepalanya, puasa ada di sebelah kanannya, zakat ada di sebelah kirinya dan kelakuan-kelakuan seperti sedekah, silaturrahim dan kebajikan ada di dekat kedua kakinya.

Wassalam.

Sunday, November 20, 2011

"Celaka"..

Assalamualaikum.
Bangun seawal pagi,urusan agama di dahulukan,namun tidak mengabaikan urusan kehidupan yang lain.Perubahan bermula dengan kesedaran.Tidak ada sesiapa pun boleh mengubah kita,kecuali diri sendiri yang mahu berubah.

Sebaik saja taubat Nabi Adam as. di terima oleh Allah SWT, iblis terkutuk berteriak sekuat-kuatnya dengan kata-kata "celaka', sehingga berkumpullah seluruh bala tenteranya dari berbagai penjuru,baik dari darat, udara mahupun laut,dan bertanya, "Mengapa tuan kami?" Iblis pun menjelaskan kepada bala tenteranya mengenai diterimanya taubat Nabi Adam,sambil bersumpah untuk terus menjerumuskan Nabi Adam serta keturunnannya.

Nabi SAW:"Hendaklah kamu sekalian membaca "Laa ilaaha illallah",beristighfar,dan perbanyaklah membaca kedua-duanya,kerana iblis laknatullah berkata, "Aku {iblis} hancurkan manusia dengan dosa-dosa dan dengan bermacam-macam perbuatan derhaka,serta mereka {manusia} hancurkan aku dengan "Laa illaha illallah"dan beristighfar.Aku akan hancurkan mereka dengan hawa nafsu,sehingga mereka merasa bahawa dirinya mendapat petunjuk,padahal mereka sesat."

Rasulullah SAW bersabda:"Iblis berkata, Ya tuhanku,demi keperkasaan Engkau aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama jiwa mereka masih berada di dalam jasad."Maka Allah berfirman, "Demi keperkasaanKu dan demi kemuliaanKu,hai laknatullah,Akupun selalu mengampuni mereka selama mereka meminta Ampun."

Tsabit al-Bannani berkata:Saya mendengar bahawa iblis laknatullah menangis sekuat-kuatnya ketika Allah SWT menurunkan 135 daripada surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan {juga} orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat kepada Allah,lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Nota;Orang yang baru berniat baik sahaja sudah di beri pahala oleh Allah sedangkan niat yang jahat tidak di kira berdosa sehingga orang itu benar-benar membuat kejahatan itu.

Wassalam.

Friday, November 18, 2011

"Perempuan....perempuan!"

Assalamualaikum...

Kawan-kawan cinnamon di alam maya, mohon ampun sekaligus memohon perlindungan dari Allah SWT.

Rasulullah bersabda, "Pada malam Isyraq dan Mikraj aku berdiri di depan pintu syurga dan aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah orang-orang miskin. Dan orang-orang yang bernasib baik masih berkurung, akan tetapi para penghuni neraka telah diperintahkan untuk memasuki neraka.Lalu aku juga berdiri didepan pintu neraka dan ternyata kebanyakan yang masuk ke dalam adalah kaum wanita. " (HR.Bukhari dan Muslim)

Wanita lebih lancar bercakap dari lelaki. Disebabkan lancar bercakap banyaklah mengumpat dan menceritakan keburukan orang. Dengan lancar bercakap, banyak salah dan mungkin banyak yang menyakitkan hati orang. Wanita juga lebih banyak merepek, menengking dan sebagainya. Kalau ada lelaki yang banyak bercakap orang kata macam mulut perempuan. Maksudnya disini maksiat lisan(lidah),dosa wanita lebih banyak berbanding lelaki dan itu pula menyebabkan mereka lebih mudah masuk neraka.

 Wanita ramai masuk neraka kerana tidak berterima kasih kepada suami. Walaupun suaminya sudah banyak memberikan kemudahan, nafkah, hadiah dan macam-macam lagi pada si isteri tetapi tidak berterima kasih.Suami juga sudah banyak berkorban, banyak memberikan harta benda tetapi oleh kerana membuat sedikit kesilapan atau kesalahan, maka kesalahan yang sikit itu diingatnya.
.

Orang yang tidak berterima kasih pada suaminya, apa lagi  dia merasakan kesalahannya saja yang ada, sudah pasti dia selalu marah-marah kepada suaminya. mungkin tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Itu semua menimbulkan dosa dan dosa itu membawa ke jurang neraka.

Nota:Itu adalah sebahagian drpnya,masih banyak lagi yg boleh menjerumuskan wanita ke dalam sana...Subhanallah.

Wassalam.

Thursday, November 17, 2011

"Aku hairan."

Assalamualaikum.
Salam jumaat kepada rakan-rakan di alam maya ini..semoga kalian sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
Memang penting supaya sesuatu amalan tidak di lakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk,demi untuk menyebarluaskan ilmu,pedulikan segala kata nista .

1:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih lagi ketawa.
 2:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa suatu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia.
3:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah SWT tetapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
4:Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan di hisab di akhirat nanti tetapi dia masih mengumpul harta kekayaan.
5:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.
6:Aku hairan terhadap sikap orang yang kenal Allah SWT tetapi dia masih mengingati selainNya.
7:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.
Tambahan "Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya."{Hafiz Ibnu Hajar rah. menulis dalam kitabnya  al-Munabbihat riwayat daripada Uthman r.a}

Wassalam.

Wednesday, November 16, 2011

Semangkuk patin masak tempoyak sempena soalan PCL...

Assalamualaikum.
 Nasib baik soalan PCL ni tak berat , tidak terbongkar semuanya , bak kata MAT SOM
1. Mai/singgah blog PCL ni sengaja ke tak sengaja ?
 Sengaja dan tak sengaja ...
2. Boleh share kat kawan2 lain tak kalau baca entri yang memang bermanafaat/berguna?
Boleh je, yang bermanfaat dan berguna ok aje.
3. Bila sakit hati kat seseorang kena kongsi/share ke?
Sakit hati kat orang tak ada lagi, orang sakit hati kat cinnamon ada la.
4. Kat mana nak kongsi tu?
Bila PCL jemput datang rumah makan-makan,
5. Blogger paling friendly ?
 Semua yang dah jadi followers cinnamon.
6. Follower paling sporting?
Semua yang datang komen.Hehehe,
7. Dah pernah join mana2 perjumpaan antara blogger ke?
Dah , dgn PCL je . 
 8. Kaki segmen kah anda?
Asal segmen je , anak yang buat....
9. Giveaway , pernah dapat hadiah?
Tak pernah dapat pun . Saja suka-suka je.
10. Suka follow blog blogger Lelaki?
Suka duka . hehehe
11. susah ke nak tinggalkan komen pada entri blog yang dikunjungi?
Ada susah ada senang . 
Ni semangkuk patin masak tempoyak untuk PCL , makan jangan tak makan.

Wassalam.

Monday, November 14, 2011

Soalan kancil dah dijawab cinnamon...

Assalamualaikum,
Nak jawap soalan dari kancil ni saya agak keberatan sebenarnya saya seorang yang pemalu ,tak pandai pun nak menjawap soalan-soalan daripada Kancil heheh...

 Tapi saya cubalah ye...

 1. Kereta idaman anda?
2. Kalau datang ke Semporna, pulau mana yang nak pergi?
3. Berikan nama penuh sekolah rendah anda bersertakan tahun sekali?
4. Cinta pertama anda ketika usia berapa tahun?
5. Blog yang anda cemburukan?
6. Follower anda yang paling cool?
7. Apa universiti impian anda?
8. Tempat pelancongan yang mana paling menarik anda pernah pergi?
9. Nama guru yang masih kamu ingat dalam ingatan kamu? (max 5 orang)
10. Beg sekolah kamu bertahan berapa tahun?
11.Sejak bila anda mengenali blog Kancil 8349?

Jawapan 1:Kereta idaman tak ada pun, yg ada ni  pun syukur Alhamdulillah...
Jawapan 2;Setakat ini belum ada cadangan langsung nak ke sana,tak tahulah esok-esok Pulau Sipadan kot .
Jawapan 3:Sekolah Rendah Parit Tok Ngah,tahun 1977..
Jawapan 4:Masa tu umur 24 tahun dengan suami sekarang la..dulu-dulu tak pernah bercinta pun..saya budak baik..hehe..
Jawapan 5:Tak ada cemburu-cemburu..
Jawapan 6:P@kcikLie,dia anak buah saya,dia memang cool,sama ada di dalam tabir atau di luar tabir..dialah followers saya yang pertama..
Jawapan 7:Sekarang saya tak ada cita-cita untuk ke universiti lagi,tapi untuk anak-anak saya ye..kena tanya anak-anak dulu la,yang sulung minat biologi,yg kedua minat reka cipta,ketiga doktor dan ke empat usuluddin..
Jawapan 8:Pernah pergi ke Singapura..paling jauh la..ok-ok je.
Jawapan 9:Saya hanya ingat cikgu b.i-Aznah memang garang,sebab kegarangan dialah saya masih ingat lagi...yang lain-lain lupus dari ingatan..
Jawapan 10:Tak ingat,yang pasti satu bag selama enam tahun..hehe..boleh caya ke ni..
Jawapan 11:Dari blog imbobo,kancil buat segmen kenangan masa upsr..kalau tak silap la..


Sempena pada soalan dari kancil saya nak hadiahkan sebiji coklat kek....

Wassalam.

Friday, November 11, 2011

Senyum.....

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,dengan izin Allah saya masih dapat mengupdate entri,masih dapat menghirup udara segar di pagi sabtu ni,dapat melakukan kerja-kerja seperti biasa,Alhamdulillah.
Senyum dan bergurau senda dengan suami juga anak-anak,bersarapan bersama-sama,Alhamdulillah.

Dapat bersyukur dengan nikmat Allah,Alhamdulillah.
Senyum Nabi Adam a.s. mengiringi pertemuannya dengan isterinya Siti Hawa.Senyum yang sukar di gambarkan,yang di saksikan oleh seluruh alam,di iringi oleh angin yang bertiup lembut dan suara-suara haiwan yang seolah-olah menyambut pertemuan dua insan berlainan jenis.

Nabi Adam dan Siti Hawa tidak dapat menembunyikan rasa syukur dan gembiranya.Ia terus mendatangi Siti Hawa dengan senyum,memberi salam penghormatan, bertanyakan keadaan khabar isterinya setelah sekian lama berpisah.Begitu juga Siti Hawa,segera menjawab salam Nabi Adam dengan senyum,menceritakan khabar dirinya dan suka duka selama dalam pengembaraan.

Ketika saling bertanyakan khabar dan bertukar pengalaman itu,kadang-kala ada beberapa kejadian yang di alami oleh Nabi Adam dan Siti Hawa yang cukup mencuit hati atau yang di anggap geli dan lucu,yang akhirnya membuat mereka berdua tertawa.Tetapi ketawa Nabi Adam lebih kuat berbanding ketawa Siti Hawa.Suara wanita itu termasuk bahagian dari hak yang harus di jaga dari lelaki yang bukan muhrim.

nota : Sentiasa merasa bimbang dan cemas tentang untung nasib di sisi Allah.Ini kerana setiap diri dalam genggaman,sukatan dan ketentuan Allah.

Hari ini ada gotong royong perdana di kawasan apartmen saya....

Thursday, November 10, 2011

Suka-suka hati...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari Allah Swt.dan junjungan Rasulullah Saw.
Untungnya mendapat ke bahagiaan dunia dan syurga di akhirat.Rugi di dunia adalah hidup seperti haiwan dan syaitan,hidup porak peranda dan menderita.Rugi di akhirat adalah kerugian yg besar,iaitu masuk neraka dengan azab sengsara dan seksa yang dahsyat.

Pernah tak anda yang mempunyai kawan,saudara,adik,atau abang yang malas nak solat,atau ibu bapa sendiri pun tak solat atau diri sendiri pun tak solat.Saya akui saya banyak terjumpa,atau berjumpa orang-orang yang tak pernah solat langsung,orang yang kadang-kadang solat,orang yang jarang-jarang solat,orang yang zohor dia solat,asar dia tak solat,maghrib dia solat,isyak dia tak solat ,dan ada yang solat macam lipas kudung...laju macam kereta api.

Perlukah kita menasihati mereka?kerana mereka sudah besar-besar,bekerjaya,belajar tinggi ada ke dudukan,yang hidup sederhana pun ada,yang miskin pun ada,yang baik sangat pun ada tapi solat tak jaga,dan berbagai ragam lagi.Apa jadi kalau kita menengur mereka?
Macam alim sangat?  
kubur masing-masing!
Atau tak nak jumpa kita dah.
Macam bagus je?
Alah tau lah,tak yah bagitau,
Aku uzur lah...[memanjang uzur]

Allah bersumpah dengan masa adalah penting dengan alasan perlu di ambil perhatian,Allah mengiringinya dengan amaran,iaitu manusia berada dalam kerugian.Apabila tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi,maka ia perlu beriman dan beramal soleh,saling berpesan kepada ke benaran,supaya menjadikan sabar dan solat sebagai penolong.

Bukan nak tunjuk alim,tapi inilah hakikat orang-orang yang mengaku Islam .Hanya islam pada nama.
Wassalam.


Wednesday, November 9, 2011

Tangisan pertama di bumi .

Assalamualaikum...

Selamat petang kepada rakan-rakan .




Tangisan pertama di muka bumi adalah dilakukan oleh Nabi Adam as. kerana rasa sedihnya ketika dikeluarkan dari syurga dan mendapat kemurkaan Allah SWT .

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as.menangis selama tiga ratus tahun di bumi, dan tidak pernah mengangkat kepalanya kelangit kerana malu kepada Allah SWT .

Nabi Adam bersujud di atas gunung Himalaya di India selama seratus tahun , maka dia menangis lagi hingga air matanya mengalir ke lembah Sarandip. Maka Allah menumbuhkan pohon-pohon kayu manis dan pohon- pohon cengkih di lembah itu dengan bersumberkan airmata Nabi Adam.

Di samping tumbuh-tumbuhan , burung-burung juga menikmati airmata Nabi Adam. Burung-burung itu berkata : " Kami belum pernah meminum air yang lebih lazat daripada air ini . "

Nabi Adam itu mengira burung itu mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah . Maka Allah SWT memberi wahyu kepadanya : " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat lagi lebih hebat daripada airmata orang yang taubat dari kederhakaannya ."

Perkongsian kali ini diharapkan memberi manfaat bersama .

Wassalam .

10 perkara yang disembunyikan Yahudi

 Assalamualaikum.

Tahukah rakan-rakan sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom cinnamon nak dedahkan 10 daripadanya!


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Wassalam.

Tuesday, November 8, 2011

Wordless Wednesday #13..

A good book is a good friend.

Masjid..

Assalamualaikum

Diriwayatkan dari 'Abu Salamah bin Abd Al-Rahman r.a.. 'Abd Al Rahman bin Abi Said Al-Khudri r.a pernah bertemu dengan saya.Saya bertanya kepadanya,Bagaimanakah kamu mendengar ayahmu menyebut-nyebut masjid yang didirikan atas dasar takwa?"Dia menjawap,"Ayahku berkata,Aku pernah mendatangi Rasulullah Saw.di rumah salah satu isteri beliau.Saya bertanya,"Wahai Rasulullah,Masjid yang manakah yang didirikan atas dasar takwa?"Lalu beliau mengambil segenggam kerikil.Beliau memukulkannya ke tanah dan bersabda,'Masjid kamu inilah yang di dirikan atas dasar takwa{Masjid Nabawi}."Kemudian saya berkata, Aku bersaksi bahawa aku mendengar ayahmu seperti itu juga menyebutkannya." (4:126_S.M.)

Adakah masjid-masjid di sini di dirikan atas dasar takwa?" 

Wassalam.

"Ieyza Afieyna 1st Giveaway"

Monday, November 7, 2011

Ibumu..

Assalamualaikum.
Hari ini baru berkesempatan nak mengupdate entri,lantaran banyak urusan yang saya nak dahulukan,tak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidul adha untuk semua pembaca semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Saya sekeluarga beraya dengan ibu mertua,tak balik mana-mana pun cuma beraya di Kepong.
Kebetulan hari raya korban ini giliran saya untuk beraya sebelah suami.Memandangkan suami saya satu-satunya anak lelaki,kakak dan adiknya semua berada di luar negara ,cuma yang sulung mengikut suaminya balik beraya di Pahang.
Sebenarnya saya sejak kecil lagi dah kehilangan ibubapa,Allah sudah pun menjemput mereka ketika saya dan adik-adik perlukan kasih sayang dan perhatian mereka ,tapi siapalah kita,untuk menghalangnya.
Memandangkan ibu mertua dah uzur,sayalah tukang masaknya..masak dari rumah lepas tu bawa ke rumah mak mertua..

Di Riwayatkan dari Abu Hurairah r.a:Ada seorang laki-laki menghadap Rasulullah Saw.seraya berkata,"Siapakah orang yang paling berhak kupergauli dengan baik?"Jawab beliau,"Ibumu."Kata orang itu,"Lalu siapa?"Jawab beliau,"Ibumu."Kata orang itu, "Lalu siapa?"Jawab beliau, "Ibumu."Lalu kata orang itu, Lalu siapa?" Jawap beliau,"Ayahmu."{8:2-S.M}

Rasanya semua rakan-rakan tahu tentang hadis ni kan.Beruntung orang yang masih ada mak dan ayah.


Wassalam .

Thursday, November 3, 2011

Dosa...

Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah,kerana dengan izinNya mengerakkan hati saya untuk mengupdate entri ini dan menyebarluaskan untuk manfaat bersama.

Tak salah untuk kita menghayatinya dan mengambil iktibar,luangkan lah sedikit masa untuk membacanya dan boleh juga di ceritakan kepada anak-anak nanti.
Menangis kerana perbuatan dosa,selalu, manusia menangis kerana perbuatan dosanya.Sikap ini wajar ada pada manusia.Bukan menangis sebagaimana iblis menangis,melainkan tangisan yang terus di lanjutkan dengan taubat dan penyesalan di ikuti dengan amalan-amalan soleh.Bukan seperti iblis yang menyedari dirinya di kutuk Allah ,dan semakin derhaka menentang Allah.

Umar bin Khattab mempunyai buku catatan yang di tulis di dalamnya apa-apa yang di lakukannya,yang baik dan yang buruk,dari minggu ke minggu berikutnya.Apabila tiba hari Jumaat maka di lakukan muhasabah dengan membaca catatannya.Setiap kali beliau membaca catatan yang di rasakan tidak di redhai Allah,maka dia mengambil cambuk dan memukul dirinya sendiri,sambil berkata:Inilah ganjaran dari apa yang telah engkau lakukan."

Ketika Umar meninggal dunia,para sahabat memandikannya,mereka melihat pada punggung dan pinggangnya terdapat bekas-bekas hitam oleh sebab banyak pukulan cambuknya sendiri.

Umar pula yang apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang ada kaitan dengan seksaan,dia menangis sehingga pengsan.Maka para sahabat datang menziarahinya,sedangkan di wajahnya terdapat dua garis yang memanjang oleh sebab terlalu banyak airmata yang mengalir kerana bekas tangisan.

Pada suatu hari Umar bin Khattab telah datang kepada Nabi SAW,sambil menangis,lalu Nabi bertanya kepadanya:Apakah yang menyebabkan engkau menangis,ya Umar?Kata Umar:Wahai Rasulullah,sesungguhnya di pintu ada seorang pemuda yang menyusahkan hatiku oleh sebab tangisannya.Maka Nabi bersabda:Bawalah pemuda itu masuk." Umar pun mempelawa pemuda itu masuk,sedangkan dia masih menangis.Maka dia di soal oleh Nabi tentang kenapa dia menangis.

Pemuda itu menjawap:Wahai Rasulullah,yang menyebabkan saya menangis adalah banyaknya dosa yang saya lakukan,dan saya takut kepada Allah.Dia murka kepada saya."
Nabi SAW bersabda:"Apakah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu?"Jawap pemuda itu:"Tidak,"Sabda Nabi:Sesungguhnya Allah Ta'ala mengampuni semua dosa walaupun dosa itu sepenuh langit yang tujuh dan bumi yang tujuh."
Kata pemuda itu:"Wahai Rasulullah,dosa saya lebih besar daripada tujuh langit dan gunung- ganang yang menjulang tinggi."Sabda Nabi:Apakah dosamu itu lebih besar dari semua itu?"Jawap pemuda itu:"Dosa saya lebih besar."Kata Nabi:"Apakah dosamu itu lebih besar dari 'Arasy?"Jawap pemuda itu:"Dosa saya lebih besar lagi."

Sabda Nabi:"Apakah dosamu itu lebih besar ataukah Allah,iaitu ampunan Allah dan rahmatNya?"Jawap pemuda itu:"Bahkan Allah lebih Agung dan lebih Besar."Sabda Nabi:Beritahulah kepadaku tentang dosamu itu."Jawap pemuda itu:"Saya malu kepadamu wahai Rasulullah."Sabda Nabi:Janganlah engkau malu kepadaku beritahulah akan dosamu itu kepada saya."
Kata pemuda itu:Wahai Rasulullah,sesungguhnya saya adalah seorang tukang pembongkar mayat dari kubur sejak tujuh tahun yang lalu.Suatu hari seorang anak bangsawan Ansar meninggal dunia,maka saya bongkar kuburnya dan saya keluarkan mayatnya dari kain kafannya,lalu saya dikalahkan oleh syaitan,sehingga saya memperkosanya.Lalu mayat anak bangsawan Ansar itu berkata:"Tidakkah engkau malu kepada kitab Allah dan pada hari Allah meletakkan kerusiNya untuk memberikan hukum serta mengambil hak orang-orang yang dianiaya dari orang yang zalim,sedangkan engkau telah menjadikan aku tidak berpakaian dlm kumpulan orang-orang yang telah meninggal dunia,dan engkau jadikan aku tegak berdiri dalam keadaan junub di hadapan Allah.

Mendengar itu melompatlah Rasulullah,baginda berdiri dengan cepatnya,lalu bersabda;"Hai orang fasik,keluarlah engkau menjauh dariku,tidak ada balasanmu kecuali neraka.'

Pemuda itu pun keluar dengan menangis,menjauh ke padang pasir yang luas,tidak mahu makan dan minum setitis pun,,serta tidak tidur hingga tujuh hari lamanya,sehingga habislah kekuatannya dan dia terjatuh di suatu tempat,serta meletakkan wajahnya di atas pasir sambil sujud dan berdoa:"Tuhanku,aku adalah hambaMu yang berdosa dan bersalah,aku telah datang ke pintu RasulMu supaya baginda menolongku di sisiMu.Ketika NabiMu mendengar kesalahanku yang besar,maka ia mengusirku dari pintunya dan mengeluarkan aku daripadanya.Maka hari ini aku telah datang ke pintuMu,supaya Engkau menjadi penolongku di sisi kekasihMu,kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang kepada para hambaMu,dan tiada tinggal lagi harapanku melainkan kepadaMu,dan kalau ini pun tidak mungkin,maka lebih baik Engkau kirimkan api neraka dari sisiMu dan bakarlah aku dengan api itu di duniaMu ini sebelum Engkau bakar di akhiratMu kelak."

Maka datanglah Malaikat Jibril kepada Nabi SAW sambil berkata :Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah Ta'ala telah berkirim salam kepadamu. Maka baginda menjawab 'Dia Allah Maha Sejahtera, dariNya kesejahteraan dan hanya kepadaNya kembali kesejahteraan, "Kata Malaikat Jibril : "Allah Ta"ala berfirman kepadamu : Apakah kamu telah menciptakan makhluk?"Nabi menjawab:"Bahkan Dia(Allah) yang menciptakan saya dan menciptakan mereka."

Maka Malaikat Jibril berkata:"Allah Ta'ala berfirman: Apakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?:Nabi menjawab :"Bahkan Dia(Allah) yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada saya."

Maka Malaikat Jibril berkata:"Allah Ta'ala berfirman:Apakah kamu menerima taubat mereka ?"Nabi menjawab : "Bahkan Dia(Allah) yang menerima taubat para hambaNya dan mengampuni semua kejahatannya."
Malaikat Jibril berkata: Allah Ta'ala berfirman kepadamu : "Telah Aku kirimkan kepadamu seorang hamba dan dia menerangkan satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling(marah) kepadanya daripada satu dosa saja, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak, apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung yang besar ? Engkau adalah utusanKu yang Aku utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada sesama orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang yang berdosa dan memaafkan kesilapan atau kesalahan hambaKu, kerana Aku telah mengampuni dosanya dan menerima taubatnya. "
Kemudian Rasulullah mengutus beberapa orang sahabatnya untuk mencari pemuda itu lalu memberikan khabar gembira kepadanya dengan ampunanNya lalu mereka membawa pemuda itu kehadapan Rasulullah, sedangkan Rasulullah sedang mengerjakan solat Maghrib dan mereka pun bermakmum di belakangnya.
Ketika Nabi SAW membaca surah al-Fatihah yang diteruslan dengan "Alhaakumut Takaatsuru" hingga sampai kalimat " Hatta zurtumul maqaabira" , maka berteriaklah pemuda itu dengan keras sekali hingga jatuh. Ketika mereka telah selesai solat, mereka menemui pemuda itu telah meninggal dunia .
Wassalam.

 

Wednesday, November 2, 2011

Kasturi....

Assalamualikum.

Di pagi hari yg sejuk nyaman ni,sempat juga saya nak berkongsi kepada rakan-rakan,mengenai suatu perkara yg mudah  hendak memahaminya...

Mungkin ada kejadian ini di mana-mana dan terlepas pandang,dan saya juga belajar dengan perkara ini serta mengambil iktibar daripadanya.

Pada suatu hari Saidina Umar r.a menerima kasturi dari Bahrain.Beliau telah berkata, 'Adakah sesiapa yang boleh menimbang kasturi itu dan membahagi-bahagikan di kalangan orang-orang Islam?"

Isteri beliau Atikah r.anha telah menyahut, "Saya akan menimbang kasturi itu."
Saidina Umar r.a mendiamkan dirinya.Selepas beberapa ketika beliau mengulangi soalan itu lagi, "Adakah sesiapa yang akan menimbang kasturi itu dan boleh aku membahagi-bahagikannya."

Isteri beliau sekali lagi menawarkan perkara yang sama tetapi beliau terus mendiamkan diri.Pada kali ketiga beliau menerangkan, "Aku tidak suka engkau memegang kasturi dengan tanganmu dan meletakkan kasturi itu di atas dacing dan kemudian menyapu tanganmu ke badan.Dengan perbuatan itu, aku akan mendapat bahagian yang lebih daripada orang lain sebanyak itu."

Inilah sifat berhati-hati yang sempurna dan telah menyelamatkan daripada sebarang tomahan.Pada hal sesiapa pun yang menimbang kasturi itu pasti ada yang terlekat di tangan.

Inilah sifat berhati-hati yang di miliki oleh para sahabat,para tabi'in dan salafussolehin.

Perkongsian di pagi khamis.

Wassalam.

Tuesday, November 1, 2011

Cemerlang..

Assalamualaikum.

Hari ini terasa lapang sedikit,kerana anak-anak hampir habis menduduki peperiksan akhir tahun.
Anak saya yg bersekolah menengah masih tinggal sehari lagi,esok kalau tak silap saya kertas Chemistry,English Science n Technology.Anak yang bersekolah rendah dah dapat pun..Alhamdulillah,keputusan yang  sangat cemerlang.

Kalau nak ikutkan sepanjang setahun ini,setiap kali ujian,dia dapat tempat pertama..
Dia juga dapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita.
Tempat pertama dalam pertandingan Amali wudhu terbaik sempena sambutan Isra'dan Mikraj.
Tempat pertama kuiz bahasa Arab.
Dan baru-baru ni dia telah dilantik sebagai pengawas untuk tahun 2012.
Anak-anak yang bersekolah menengah tu belum tahu lagi...setiap tahun cikgu akan poskan je keputusan tu..Harap-harap ok la semuanya.

Tak apa ke cerita pasal anak-anak ni?..Ada ke orang nak baca..
Ini permintaan anak saya yang di atas tu la...
Saya dah berjanji kalau dapat ke putusan yang terbaik saja, boleh buat entri,mengenai mereka.

"Ok tak, Iman Soffea"...kalau orang tak baca Iman je la yang baca ye.."

Wassalam.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)